Soalan Mujahid mengenai TH

HARI ini, 13 Julai, jika menurut Aturan Urusan Mesyuarat, ada 34 soalan pertanyaan lisan pada hari pertama Persidangan Dewan Rakyat. Pastinya ia menarik perhatian dengan pelbagai isu.

Turut menjadi tumpuan soalan-soalan berkaitan isu semasa di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan semasa Pakatan Harapan (PH) lalu.

Daripada 34 soalan yang disenaraikan, salah satunya berkaitan dengan Tabung Haji (TH) . Menariknya soalan itu akan ditanya oleh mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof (Amanah Parit Buntar).

Pastinya soalan ini akan dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang bukannya berlatar belakang politik. Masyarakat amat menantikan jawapan yang jelas.

Mujahid bertanyakan mengenai aset TH dan sejauh mana kebenaran dakwaan kerajaan PH menjual aset TH. Diharapkan ia dijawab secara fakta yang boleh meyakinkan masyarakat bukan kerana politik.

Persoalannya sama ada giliran soalan itu yang berada di kedudukan 32 iaitu kedua terakhir sempat dijawab secara lisan oleh menteri berkenaan atau dijawab sebagai soalan bertulis.

Jawapan secara lisan akan lebih menarik kerana akan ada soalan tambahan dan mungkin Mujahid mempunyai faktanya sendiri.

Related posts

Leave a Comment