8 komitmen PH membina Sabah baharu

KOTA KINABALU 23 Nov. – Manifesto Pakatan Harapan (PH) Sabah dilancarkan hari ini dengan menggariskan lapan komitmen khusus untuk membantu rakyat, memperbaiki infrastruktur, mengukuh tadbir urus serta merancakkan ekonomi.

Komitmen itu dipacu tujuh agenda, yang bertindak sebagai prinsip pemandu dalam mentadbir Sabah lima tahun ke hadapan, yang diletak dengan dengan akronim HARAPAN.

Pengerusi PH Sabah, Mustapha Sakmud berkata, manifesto itu, menyusun 10 senarai keutamaan bagi memastikan sumber 40 peratus hak negeri tidak disia-siakan dan dapat dinikmati rakyat keseluruhannya.

Katanya, PH Sabah melihat komitmen kerajaan pusat, terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas mengatakan bahawa tidak ada rayuan untuk 40 peratus ini dan PH Sabah juga tidak beretorik isu 40 peratus hak Sabah.

“Cuba bandingkan dengan Perdana Menteri terdahulu, inilah kali pertama kita mendapat Perdana Menteri yang terus mengatakan bahawa akan melaksanakan MA63, tetapi dalam suasana perundingan, antara kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri.

Agenda yang lebih penting adalah untuk memastikan rakyat Sabah dapat merasai hasil mahsur tanah tumpah darah mereka semua,” katanya pada majlis pelancaran komitmen PH Sabah di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi DAP Sabah, Phoong Jin Zhe dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Sabah, Lahirul Latigu.

Menerusi senarai keutamaan itu, PH Sabah meletakkan aku janji untuk membina empangan bagi memastikan bekalan air konsisten di seluruh negeri, selain meneroka tenaga hijau dan lestari disamping membangun loji janakuasa baharu untuk meningkatkan kapasiti asas tenaga.

PH juga menyediakan tawaran pendidikan tinggi percuma, khusus kepada pelajar layak bagi memastikan akses saksama kepada pendidikan tinggi berkualiti.

Bantuan kewangan RM100, yang menyerupai pendekatan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), diberi untuk rakyat Sabah berumur 18 tahun ke atas, disamping membangunkan sistem rel ringan Kota Kinabalu (KKLR) untuk meningkatkan pengangkutan awam.

PH Sabah juga menawarkan aku janjinya untuk menubuhkan Sabah Sovereign Wealth Future Fund sebagai dana legasi anak Sabah, diurus profesional, dilapor kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dilaburkan untuk generasi akan datang.

Menjamin Hak rakyat Sabah dan masa hadapan yang terjamin melalui kerjasama erat kerajaan Sabah-Persekutuan serta fokus kepada penyelesaian tuntutan MA63 secara adil dalam semangat Sabah Maju.

Di bawah agenda akauntabiliti, PH Sabah akan memperkenal jawatankuasa pilihan khas DUN rentas parti, sementara penstrukturan Kabinet bagi meningkatkan produktiviti pentadbiran, turut diletakkan dibawah agenda reformasi pentadbiran Sabah.

Selain itu, agenda aspirasi anak muda, menetapkan sasaran menyediakan 20,000 peluang pekerjaan gaji setimpal kelayakan dan elaun sara hidup siswa RM1,200, selain membangun industri bernilai tinggi melalui aktiviti hiliran.

Agenda pemerkasaan wanita untuk memastikan kumpulan itu kekal sebagai peneraju keluarga, ekonomi dan kepimpinan, selain 30 peratus pimpinan wanita dalam kabinet Sabah, kepimpinan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pemimpin tempatan.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment