KOTA KINABALU 23 Nov. – Manifesto Pakatan Harapan (PH) Sabah dilancarkan hari ini dengan menggariskan lapan komitmen khusus untuk membantu rakyat, memperbaiki infrastruktur, mengukuh tadbir urus serta merancakkan ekonomi. Komitmen itu dipacu tujuh agenda, yang bertindak sebagai prinsip pemandu dalam mentadbir Sabah lima tahun ke hadapan, yang diletak dengan dengan akronim HARAPAN. Pengerusi PH Sabah, Mustapha Sakmud berkata, manifesto itu, menyusun 10 senarai keutamaan bagi memastikan sumber 40 peratus hak negeri tidak disia-siakan dan dapat dinikmati rakyat keseluruhannya. Katanya, PH Sabah melihat komitmen kerajaan pusat, terutama Perdana Menteri, Datuk Seri…
Read MoreDay: November 23, 2025
SPR nafi pantau calon tertentu
KOTA KINABALU 23 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan yang mengatakan Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) memberi tumpuan khusus atau menyasarkan parti mahupun pihak tertentu sahaja. Setiausaha SPR, Khairul Shahril Idrus, berkata aduan pengawasan luar biasa terhadap calon atau parti tertentu sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 adalah tidak benar. “Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang kemusykilan disarankan membuat aduan secara rasmi kepada SPR atau pihak berkuasa berkaitan terhadap sebarang salah laku, kecurigaan atau sebarang aduan tentang ketidakpatuhan peraturan dan undang-undang pilihan raya,” katanya dalam…
Read MoreSaringan kesihatan rutin diteruskan
BAGAN DATUK 23 Nov. – Tiada keperluan untuk Kementerian Kesihatan memperkenalkan program khusus bagi bakal jemaah haji susulan syarat baharu tahap kesihatan mereka yang terpilih menunaikan haji seperti ditetapkan Kerajaan Arab Saudi. Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kementerian sudah melaksanakan pemeriksaan dan saringan kesihatan rutin setiap tahun bagi memastikan jemaah dalam keadaan terbaik sebelum berangkat ke Tanah Suci. “Kami akan terus menyediakan penjagaan kesihatan awal melalui saringan berkala, kerana ia penting. Malaysia sudah mengamalkan pendekatan kesihatan yang mencukupi untuk bakal jemaah haji dan kita akan terus meningkatkan tahap penjagaan…
Read MoreBerita pilihan….
Israel didakwa lakukan 497 pelanggaran
ISTANBUL – Pejabat Media Kerajaan Gaza mendakwa tentera Israel melakukan 497 pelanggaran terhadap gencatan senjata di Semenanjung Gaza sejak ia berkuat kuasa, mengakibatkan 342 orang maut dan 875 yang lain cedera. Israel didakwa secara sistematik menjejaskan perjanjian berkenaan melalui serangan maut dan pencerobohan berulang di mana sebanyak 27 pelanggaran direkodkan semalam, menyebabkan 24 kematian dan 87 kecederaan. Ia menyifatkan corak tindakan itu sebagai “pelanggaran terang-terangan” terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta protokol kemanusiaan yang dilampirkan pada perjanjian gencatan senjata. Sejak 10 Oktober, pelanggaran Israel termasuk 142 insiden tembakan yang menyasarkan orang…
Read More48 rakyat Indonesia ditahan di Myanmar
YANGON – Indonesia mengesahkan bahawa 48 rakyatnya ditahan di Myanmar selepas pihak berkuasa tempatan melancarkan operasi besar-besaran terhadap rangkaian penipuan dalam talian di Negeri Kayin. Menurut kenyataan Kedutaan Besar Indonesia di sini, makumat awal yang diperoleh daripada media nasional Myanmar, seramai 611 warga asing, termasuk 48 warganegara Indonesia, ditahan oleh pihak berkuasa Myanmar dalam serbuan itu “Selain itu, pada 20 November, maklumat turut diterima daripada seorang warga Indonesia yang ditahan, menyatakan bahawa terdapat kira-kira 200 rakyat Indonesia yang ditangkap dalam operasi itu dan memohon bantuan untuk dihantar pulang ke Indonesia,”…
Read More