Syarahan umum Majlis Sama’ Hadis Sahih Muslim

PUTRAJAYA 20 Nov. – Sembilan syarahan umum disusun sepanjang Majlis Sama’ Hadis Sahih Muslim Antarabangsa 2025 yang bermula sejak semalam di Dewan Solat Utama, Masjid Putra, Putrajaya di sini.

Syarahan umum akan bermula setiap malam selepas solat Maghrib yang menampilkan ulama dan musnid jemputan beserta terjemahan bagi syarahan bukan dalam bahasa Melayu.

Malam ini (20 November) akan berlangsung syarahan bertajuk “Hadis tanpa Fekah: Ibarat cahaya tanpa arah” yang akan disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fawwaz Fadzil.

Esok, 21 November, syarahan oleh Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki yang bertajuk ‘Bila ilmu hilang, suara jahil menguasai’ ; 22 November syarahan ‘Akhir nafas dengan La illaha illa Allah’ oleh Syeikh Dr Naji Rashid Al-Arabi dari Bahrain.

Pada Ahad, 23 November, Maulana Husnul Hizam Hamzah akan menyampaikan syarahan bertajuk ‘Wanita adalah amanah Allah’ ; 24 November syarahan ‘Warisan ilmu yang tak terputus’ oleh Sheikh Issam As-Subu’i Al Maliki dari Tunisia.

Syarahan bertajuk ‘AI dan hadis Nabawi: Kearah ketelitian ilmu dalam era digital’ disampaikan oleh Seikh Ahmad Husein Al-Azhari pada 25 November; Tangisan Nabi untuk umat oleh Syeikh Dr Yasir Al-Adeni As-Syahiri dari Yaman.

Pada Khamis, 27 November, syarahan bertajuk ‘Petanda akhir zaman’ disampaikan oleh Syeikh Niyaz Ahmad Al-Adeni juga dari Yaman.

Sementara itu, orang ramai juga berpeluang mendengar bacaan Sahih Muslim setiap hari secara langsung daripada para musnid sebelum majlis khatam pada 28 November selepas solat Asar.

Orang ramai juga boleh mengikuti majlis ini melalui media sosial FB Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), semua saluram MyJAKIM serta platform agensi-agensi agama.

Ini adalah peluang terbaik untuk mendalami pemahaman hadis, memperkukuh pegangan agama, dan menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian.

Nn

Related posts

Leave a Comment