Selangor, Sabah, KL terus PKPB

KECUALI Selangor, Sabah dan Kuala Lumpur, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan. Bagaimanapun ada kawasan tertentu dikenakan PKPB atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).
PKPB itu dilanjutkan mulai 7 Disember hingga 20 Disember.
Di Kelantan, PKPB dilanjutkan di Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah
Seluruh Kuala Lumpur juga dilanjutkan sehingga 20 Disember sementara di Selangor kawasan yang dibebaskan adalah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.
Di Negeri Sembilan, kawasan kekal PKPB adalah di Seremban dan Port Dickson.
Di Pulau Pinang, PKPB melibatkan satu mukim di Barat Daya dan Timur Laut sementara di Perak, PKPB dilanjutkan di daerah Kinta, Mukim Teja dan Mukim Changkat Jong.
Di Johor, daerah Kota Tinggi diteruskan sehingga 20 Disember manakala Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai sehingga 19 Disember.
Labuan pula bebas sepenuhnya.

Related posts

Leave a Comment