50 peratus jemaah tolak tawaran haji

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Sebanyak 50 peratus jemaah haji yang terpilih untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu, tahun ini, direkodkan menolak tawaran berkenaan berpunca daripada masalah kewangan dihadapi jemaah terbabit. Disamping itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata bahawa 53 peratus daripada 9.7 juta pendeposit Tabung Haji (TH) direkodkan mempunyai simpanan kurang RM1,300. Katanya, keadaan itu menyebabkan pendeposit dengan baki simpanan kurang RM1,300 belum layak menunaikan haji kerana jumlah terbabit tidak mencukupi bagi tujuan berkenaan. Beliau berkata, TH kini kurang dilihat…

Read More

Suruhanjaya khas semak perkongsian hasil

TANJONG 20 Nov. – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mencadangkan penubuhan sebuah suruhanjaya khas peringkat nasional bagi menyemak semula model perkongsian hasil antara Kerajaan Persekutuan dan negeri. Beliau berkata langkah itu merupakan keperluan penting bagi memastikan keadilan fiskal dan kelestarian pembangunan jangka panjang. Katanya , penubuhan suruhanjaya khas adalah mekanisme terbaik untuk menilai semula formula sedia ada secara telus dan berlandaskan perjanjian yang jelas bukan sahaja untuk Pulau Pinang tetapi demi keserataan antara semua negeri. “Di sebalik polemik mengenai perkongsian hasil, Pulau Pinang terus mengekalkan momentumnya sebagai kuasa…

Read More

16,951 remaja hamil tanpa kahwin

KUALA LUMPUR – 20 Nov. – Data Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan seramai 16,951 remaja berusia 19 tahun ke bawah yang tidak berkahwin, hamil sepanjang tempoh 2020 hingga 2024. Menteri Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga, Nancy Shukri, berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil langkah membendung isu berkenaan menerusi pelbagai inisiatif. Beliau berkata, inisiatif berkenaan termasuk pemerkasaan pendidikan kesihatan reproduktif, inisiatif kaunseling, sokongan komuniti serta membangunkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI). “Ia bermatlamat meningkatkan kesedaran semua pihak berkaitan kepentingan pendidikan kesihatan reproduktif, serta melahirkan…

Read More

Syarahan umum Majlis Sama’ Hadis Sahih Muslim

PUTRAJAYA 20 Nov. – Sembilan syarahan umum disusun sepanjang Majlis Sama’ Hadis Sahih Muslim Antarabangsa 2025 yang bermula sejak semalam di Dewan Solat Utama, Masjid Putra, Putrajaya di sini. Syarahan umum akan bermula setiap malam selepas solat Maghrib yang menampilkan ulama dan musnid jemputan beserta terjemahan bagi syarahan bukan dalam bahasa Melayu. Malam ini (20 November) akan berlangsung syarahan bertajuk “Hadis tanpa Fekah: Ibarat cahaya tanpa arah” yang akan disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fawwaz Fadzil. Esok, 21 November, syarahan oleh Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki yang bertajuk ‘Bila…

Read More

Sama’ Hadith penyambung mata rantai sanad

PUTRAJAYA 20 Nov. – Jika November 2024 berlangsung Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa, semalam bermula Sama’ Hadith Sahih Muslim Antarabangsa 2025 yang menghimpunkan para ilmuan, pendakwah dan pencinta hadis dari seluruh dunia. Program yang bermula malam tadi akan berlangsung sehingga 28 November ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Mohd Na’im Mokhtar di Masjid Putra malam tadi. Ketika merasmikan program itu, Mohd Na’im berkata, penganjuran Majlis Sama’ Hadith Sahih Muslim ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan Majlis Sama’ Hadith Sahih al-Bukhari yang berlangsung pada…

Read More

Hubungan Ankara-Damsyik pulih

ANKARA – Selepas 13 tahun hubungan dua hala terhenti, Turkiye mengorak langkah penting untuk menormalkan hubungan diplomatik antara Ankara dan Damsyik dengan melantik seorang duta ke Syria. Menurut dekri presiden yang diumumkan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam Warta Rasmi, Timbalan Menteri Luar Nuh Yilmaz dinamakan sebagai duta baharu Turkiye ke Damsyik. Turkiye yang menutup kedutaannya di ibu negara Syria itu pada 26 Mac 2012 juga telah menyambung semula operasi konsulatnya di Aleppo, bandar kedua terbesar Syria, selepas terhenti selama 13 tahun. Nuh Yilmaz berkhidmat di Pertubuhan Perisikan Negara Turkiye…

Read More

Gencatan senjata dicabuli

BANDARAYA GAZA – Serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan Gaza awal pagi Khamis meragut sekurang-kurangnya 28 nyawa, di mana 17 mangsa dikenal pasti sebagai wanita dan kanak-kanak. Serangan dilaporkan tertumpu di Bandaraya Gaza dan Khan Younis, dengan puluhan lagi cedera dalam gelombang serangan yang berlaku secara berterusan sejak awal pagi. Pihak berkuasa tempatan menyifatkan serangan ini sebagai pelanggaran serius terhadap gencatan senjata yang diumumkan sebelum ini. Menurut laporan media, hospital-hospital di Gaza kini berdepan tekanan untuk merawat mangsa, di tengah-tengah kekurangan bekalan perubatan dan gangguan bekalan elektrik. Organisasi Pertahanan Awam…

Read More