BANDARAYA GAZA – Serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan Gaza awal pagi Khamis meragut sekurang-kurangnya 28 nyawa, di mana 17 mangsa dikenal pasti sebagai wanita dan kanak-kanak.
Serangan dilaporkan tertumpu di Bandaraya Gaza dan Khan Younis, dengan puluhan lagi cedera dalam gelombang serangan yang berlaku secara berterusan sejak awal pagi.
Pihak berkuasa tempatan menyifatkan serangan ini sebagai pelanggaran serius terhadap gencatan senjata yang diumumkan sebelum ini.
Menurut laporan media, hospital-hospital di Gaza kini berdepan tekanan untuk merawat mangsa, di tengah-tengah kekurangan bekalan perubatan dan gangguan bekalan elektrik.
Organisasi Pertahanan Awam Palestin turut mengeluarkan amaran kepada penduduk supaya menjauhi bangunan yang telah rosak teruk, kerana risiko runtuhan susulan masih tinggi.
Menurut statistik rasmi pihak berkuasa Gaza, krisis kemanusiaan di Gaza terus meruncing, dengan angka korban keseluruhan sejak Oktober 2023 kini melebihi 69,000 orang, menurut statistik rasmi pihak berkuasa Gaza.
Nnnn
