Hubungan Ankara-Damsyik pulih

ANKARA – Selepas 13 tahun hubungan dua hala terhenti, Turkiye mengorak langkah penting untuk menormalkan hubungan diplomatik antara Ankara dan Damsyik dengan melantik seorang duta ke Syria.

Menurut dekri presiden yang diumumkan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam Warta Rasmi, Timbalan Menteri Luar Nuh Yilmaz dinamakan sebagai duta baharu Turkiye ke Damsyik.

Turkiye yang menutup kedutaannya di ibu negara Syria itu pada 26 Mac 2012 juga telah menyambung semula operasi konsulatnya di Aleppo, bandar kedua terbesar Syria, selepas terhenti selama 13 tahun.

Nuh Yilmaz berkhidmat di Pertubuhan Perisikan Negara Turkiye dari Ogos 2013 hingga Jun 2023 dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar pada 20 Mei 2024.

Berikutan pemulihan hubungan diplomatik Turkish Airlines menyambung semula penerbangan terus dari Istanbul ke Damsyik awal tahun ini buat julung kali dalam lebih sedekad.

Sejak 23 Januari lalu, penerbangan beroperasi setiap Selasa, Khamis dan Ahad.

Related posts

Leave a Comment