Harga tiket ECRL berasas tambang dinamik

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Harga tiket Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah berasaskan struktur tambang dinamik yang mengambil kira waktu perjalanan, tempoh pembelian dan pilihan kelas tempat duduk, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau berkata penetapan tambang turut mengambil kira perbandingan dengan mod pengangkutan lain, diskaun konsesi dan promosi berkala bagi memastikan keseimbangan antara kemampuan pengguna dan kemampanan operasi ECRL. “Sebarang pakej tambang atau pas perjalanan sedang dalam pertimbangan dan akan diperkenalkan dari semasa ke semasa,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 bagi Kementerian Pengangkutan hari ini. Menjawab ketersambungan…

Read More

Perbincangan bersama MCA positif

DURIAN TUNGGAL 27 Okt. – Perbincangan khas bersama kepemimpinan MCA berhubung pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka selesai dengan perkembangan positif. Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perbincangan itu membabitkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Pengerusi BN Melaka merangkap Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, pengumuman mengenai hasil perbincangan itu diserahkan kepada Ab Rauf yang diberikan mandat berbuat demikian. “Saya tidak dapat…

Read More

Aplikasi TuJu untuk lebuh raya bertol

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Tujuan asal aplikasi navigasi TuJu dibangunkan adalah untuk menambah baik perkhidmatan di lebuh raya bertol dan bukannya untuk bersaing secara langsung dengan Waze. Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),  Hasni Mohammad, menjelaskan demikian susulan langkah kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia untuk beralih daripada Waze kepada TuJu. “Ia bukan (aplikasi) navigasi macam Waze. Kita hanya buat kerjasama untuk menambah-baik kita punya pusat pengurusan trafik,” katanya dalam wawancara disiarkan portal berita Malaysiakini. Beliau menjelaskan, TuJu diwujudkan sebagai perkhidmatan tambahan bagi pengguna lebuh raya bertol yang menyediakan kemas kini trafik,…

Read More

Tawaran AS1 juta lapor penipuan pilihan raya

PRESIDEN Donald Trump mengumumkan rancangan menawarkan ganjaran AS$1 juta kepada individu yang melaporkan penipuan dalam pilihan raya terdahulu atau pilihan raya separuh penggal Amerika Syarikat (AS) akan datang. Menerusi hantaran di platform Truth Social, Presiden AS itu menegaskan laporan atau maklumat itu mesti membawa kepada penangkapan dan sabitan terhadap pihak yang bertanggungjawab. Katanya , sesiapa sahaja yang melaporkan penipuan dalam pilihan raya terdahulu atau pilihan raya separuh penggal 2026 (3 November) akan menerima AS$1 juta selepas pihak yang melakukan penipuan itu ditangkap dan disabitkan kesalahan! Pengumuman itu dibuat ketika AS…

Read More

Mogok doktor di England November

PERSATUAN Perubatan British (BMA) memaklumkan, mogok doktor selama 48 jam akan diadakan di England bermula dari 06:59 GMT pada 25 November hingga 06:59 GMT pada 27 November bagi membantah isu gaji rendah. Menurut satu kenyataan, BMA kecewa dengan ketiadaan kemajuan dalam pertikaian  bersama kerajaan dan dalam tempoh mogok itu, hanya rawatan kecemasan disediakan kepada pesakit sepanjang tempoh berkenaan. Golongan doktor menyifatkan cadangan kenaikan gaji sebanyak 2.4 peratus oleh kerajaan sebagai tidak wajar kerana gagal menampung kadar inflasi untuk kali ketiga berturut-turut, ketika beban dan intensiti kerja terus meningkat. Kenyataan itu berkata…

Read More

Bersatu sertai pilihan raya Melaka

PETALING JAYA 26 Okt. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRu DN) Melaka, dengan pengumuman lanjut mengenai persiapan parti itu dijadualkan pada 29 Oktober ini. Presidennya, Muhyiddin Yassin berkata, keputusan untuk menyertai pilihan raya itu sudah dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang berlangsung pada Isnin malam. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah kerusi dan kawasan yang bakal ditandingi Menurut Muhyiddin, terdapat beberapa perkara berkaitan kerusi yang akan ditandingi masih perlu diperhalusi dan dijangka diselesaikan dalam tempoh satu atau dua…

Read More

Johari kecewa tindakan Takiyuddin

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Yang Dipertua Dewan Rakyat  Johari Abdul kecewa dengan tindakan  Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang mendedahkan permohonan mediasi kepada umum tanpa menunggu maklum balas beliau. Menurut Johari, beliau sudah memberikan tempoh sehingga Khamis lalu kepada Takiyuddin untuk menarik balik kenyataan kontroversi berhubung penggunaan perkataan “munafik”, susulan aduan dikemukakan RSN Rayer (PH-Jelutong). Bagaimanapun, Takiyuddin kemudian menghantar surat dan memaklumkan bahawa beliau enggan menarik balik kenyataannya serta mencadangkan mediasi membabitkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Rayer dan dirinya. Katanya, surat berkenaan diterima pukul 5 petang hari sama, namun beliau…

Read More

SG4 ‘gergasi tidur’ sedia bangkit

KUALA LUMPUR 26 Okt.  – Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis yang dikuasai Perikatan Nasional (PN) atau SG4 disifatkan sebagai ‘gergasi tidur’ yang sedia bangkit dan menggegar landskap ekonomi negara jika semua potensi serta sumber diperkasakan sepenuhnya. Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, gabungan kerajaan empat negeri itu mempunyai kekuatan tersendiri dengan populasi melebihi 5.7 juta penduduk serta keluasan tanah merangkumi lebih 38,000 kilometer persegi. Sejak SG4 diilhamkan dan direalisasikan, pemimpin negeri ini semakin sedar potensi mereka miliki serta sejauh mana jangkauan boleh dicapai. “Sekiranya empat negeri ini dapat menyatukan…

Read More