Kes naik di Indonesia, Filipina

INDONESIA merekodkan 4,294 kes baharu Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes di republik itu meningkat kepada 328,952.

Sebanyak 88 pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 11,765 kematian.

Sementara itu jumlah pesakit yang sembuh meningkat kepada 251,481 berikutan 3,814 lagi pesakit disahkan pulih sepenuhnya hari ini.

THAILAND merekodkan enam kes baharu koronavirus Covid-19 hari ini, 10 Oktober melibatkan dua warga Thai dan empat warga asing dari Jepun, United Kingdom, Jerman, Kuwait dan India.

Dua warga tempatan adalah wanita, 32 yang tiba dari United Kingdom pada 3 Oktober manakala seorang lagi lelaki, 34 tiba dari Kuwait pada 4 Oktober lalu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan Thailand adalah 3,634 kes.

Daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 3,445 atau 94.8 peratus pesakit pulih sepenuhnya manakala 130 lagi masih dirawat di hospital.

FILIPINA serakat pukul 4 petang hari ini, 10 Oktober 2020, merekodkan 2,249 kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 336,926.

Menurut Jabatan Kesihatan, daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan, sebanyak 54,594 atau 16.2 peratus kes adalah aktif.

Sebanyak 276,094 kes atau 81.9 peratus pesakit telah pulih manakala 6,238 atau 1.9 peratus telah meninggal dunia.

SINGAPURA melaporkan tujuh kes baharu Covid-19 setakat tengah hari Sabtu 10 Oktober termasuk satu kes dalam masyarakat.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan di negara itu setakat tengah hari Sabtu sebanyak 57,866 kes.

Terdapat  satu kes yang tinggal di asrama dan lima kes import yang kesemuanya dikenakan notis jangan keluar rumah setibanya mereka di Singapura.

Related posts

Leave a Comment