Tanpa senjata Tehran bakal jadi Gaza

ISLAMABAD – Presiden Iran Masoud Pezeshkian menegaskan program peluru berpandu balistik Iran tidak boleh dijadikan agenda rundingan malah mengakui tanpa keupayaan persenjataan, Tehran bakal menerima nasib seperti Gaza.

Bercakap ketika lawatan ke Pakistan, semalam, beliau berkata, negara berkenaan pasti sudah dimusnahkan Israel dan Amerika Syarikat (AS) jika tidak memiliki peluru berpandu sebagai sebahagian pertahanan mereka.

“Israel dan AS pasti sudah memusnahkan Iran seperti di Gaza dengan serangan dibuat tanpa mengira usia tua atau muda. Kami tidak akan berunding keupayaan pertahanan Iran dengan sesiapa mahupun dalam apa-apa juga keadaan,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, mengesahkan perkara berkaitan peluru berpandu balistik tidak disentuh dalam perjanjian awal ditandatangani AS dan Iran bersama pihak pengantara.

“Tidak boleh ada dwistandard. Ada negara dibenarkan memiliki peluru berpandu balistik, tetapi Iran tidak. Pendekatan seperti ini tidak boleh diterima,” katanya.

Tehran sebelum ini, melancarkan ratusan peluru berpandu serta ribuan dron ke arah negara jiran di Teluk dan Israel, sepanjang konflik tercetus susulan serangan bersama antara AS dan Tel Aviv ke atas Iran.

Program peluru berpandu Tehran asalnya dibangunkan bagi mengimbangi kelemahan sistem pertahanan udara ketika perang Iran-Iraq pada era 1980-an, sebelum terus dipertingkatkan dari segi jarak dan ketepatan.

Israel yang terletak kira-kira 1,500 kilometer (km) dari Iran, sejak sekian lama menganggap program itu sebagai ancaman terhadap keselamatan dan kelangsungan Tel Aviv.

Sebelum perang tercetus, AS berusaha memasukkan program peluru berpandu balistik Iran serta sokongan Tehran kepada kumpulan proksi bersenjata dalam rundingan berkaitan aktiviti nuklear negara itu.

Presiden AS, Donald Trump sejak beberapa hari lalu, dilihat mula melunakkan pendiriannya berhubung isu peluru berpandu berkenaan malah minggu lalu ketika Sidang Kemuncak G7 di Perancis minggu lalu, beliau berkata, tidak adil menghalang mereka mempunyai keupayaan sama, jika negara lain memilikinya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment