Azmin kembali ke DUN Hulu Kelang

PETALING JAYA 26 Julai – Selepas tiga penggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kembali ke kawasan bermulanya beliau bertanding iaitu DUN Hulu Kelang.

Bekas Menteri Ekonomi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor itu memenangi kerusi DUN Hulu Kelang pada 1999 sebelum berpindah ke kawasan DUN N19 Bukit Antarabangsa dan memenanginya pada 2008 diikuti 2013 dan 2018.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan senarai calon PN Selangor turut menamakan bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun bertanding di DUN Batu Tiga.

Beliau juga mengumumkan antara calon muka baharu yang ditampilkan adalah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Jamil Salleh, bagi kerusi DUN Dengkil.

Turut diumumkan, anak perempuan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar iaitu Nurul Syazwani di DUN Permatang.

Muhyiddin berkata, semua calon yang dipilih sudah melepasi saringan utama termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Insolvensi.

“Syukurlah semua yang dipilih ini sudah melepasi saringan utama dan keputusan pemilihan calon ini dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan mengikut kriteria yang ditetapkan,” katanya pada majlis yang berlangsung di Padang Taman Medan, di sini.

Sementara itu, Azmin berkata, pencalonannya di DUN Hulu Klang adalah mengikut kehendak Presiden Bersatu yang juga Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin.

Bekas Ahli Parlimen Gombak itu mengakui, pada asalnya beliau tidak mahu bertanding tetapi berdasarkan situasi semasa, parti memberikan pandangan supaya mengambil bahagian dalam PRN kali ini.

“Saya akur dengan arahan Presiden (Muhyiddin) serta ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti.

“Maka saya terima (pencalonan) ini dengan penuh tanggungjawab dan akan sedaya upaya bekerja kuat bagi memastikan PN menang di Selangor,” katanya selepas Majlis Pengisytiharan Calon PN PRN Selangor,” katanya.

Azmin sebelum ini memaklumkan tidak bertanding dalam PRN dan mahu memberi laluan kepada calon muda yang berpotensi dalam PN untuk bertanding dan akan terus memberikan khidmat sumbangan kepada gabungan parti politik itu.

Ditanya mengenai pengesahan beliau sebagai calon Menteri Besar, Azmin berkata PN mengambil keputusan untuk memberikan tumpuan kepada masalah rakyat terlebih dahulu seperti ditegaskan oleh Muhyiddin.

“Itu harus jadi keutamaan kita bukannya kuasa atau kedudukan, jadi untuk kita boleh laksanakan dasar peduli rakyat atau prihatin rakyat kita harus menang dalam pilihan raya ini.

“Maka itulah arahan yang diberikan kepada semua calon dan jentera supaya berikan tumpuan dalam pilihan raya ini untuk mendapat sokongan rakyat dan menang dengan jumlah yang cukup bagi membolehkan pembentukan sebuah kerajaan negeri,” katanya.

 


Senarai calon PN di Selangor ialah:

N01 Sungai Air Tawar – Mohamad Zaidi Selamat

N02 Sabak – Sallehen Mukhyi

N03 Sungai Panjang – Mohd Razali Saari

N04 Sekinchan – Goh Gaik Meng

N05 Hulu Bernam – Mu’Izzuddeen Mahyuddin

N06 Kuala Kubu Baharu – Teoh Kien Hong

N07 Batang Kali – Muhammad Muhaimin Harith Abdullah Sani

N08 Sungai Burong – Mohd Zamri Mohd Zainuldin

N09 Permatang – Nurul Syazwani Noh

N10 Bukit Melawati – Noorazley Yahya

N11 Ijok – Jefri Mejan

N12 Jeram – Harrison Hassan

N13 Kuang – Mohd Rafiq Mohd Abdullah

N14 Rawang – R Rejean Kumar

N15 Taman Templer – Zaidy Abdul Talib

N16 Sungai Tua – Muhammad Hanif Jamaluddin

N17 Gombak Setia – Muhammad Hilman Idham

N18 Hulu Kelang – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

N19 Bukit Antarabangsa – Sasha Lyna Abdul Latif

N20 Lembah Jaya – Sharifah Haslizah Syed Ariffin

N21 Pandan Indah – Fazil Mohamad

N22 Teratai – Chew Han Keai

N23 Dusun Tua – Azhar Hambali

N24 Semenyih – Nushi Mahfodz

N25 Kajang – Liew Sin Kim

N26 Sungai Ramal – Mohd Shafie Ngah

N27 Balakong – Lai Choon Wen

N28 Seri Kembangan – Chen Win Keong

N29 Seri Serdang – Mohd Shukor Mustaffa

N30 Kinrara – Wong Yong Kang

N31 Subang Jaya – S Gana Pragasam

N32 Seri Setia – Mohd Zubir Embong

N33 Taman Medan – Afif Bahardin

N34 Bukit Gasing – D Nallan

N35 Kampung Tunku – Chin Yoke Kheng

N36 Bandar Utama – Nur Aliff Mohd Tafid

N37 Bukit Lanjan – Muniraa Abu Bakar

N38 Paya Jaras – Ab Halim Tamuri

N39 Kota Damansara – Mohd Radzlan Jalaludin

N40 Kota Anggerik – Mohamed Sukri Omar

N41 Batu Tiga – Datuk Seri Rina Mohd Harun

N42 Meru – Hasnizam Adham

N43 Sementa – Noor Najhan Mohamad Salleh

N44 Selat Klang – Datuk Abdul Rashid Asari

N45 Bandar Baru Klang – Tan Seng Huat

N46 Pelabuhan Klang – Wan Hasrina Wan Hassan

N47 Pandamaran – B Gunalan

N48 Sentosa – G Parameswaran

N49 Sungai Kandis – Wan Dzahanurin Ahmad

N50 Kota Kemuning – Chew Jyh Gang

N51 Sijangkang – Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi

N52 Banting – M Saravanan

N53 Morib – Rosnizan Ahmad

N54 Tanjong Sepat Sabirin Marsono

N55 Dengkil – Jamil Salleh

N56 Sungai Pelek – Suhaimi Mohd Ghazali

Related posts

Leave a Comment