PUTRAJAYA 27 Mei – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 15 sen serta 20 sen seliter, manakala harga diesel di Semenanjung Malaysia turun 10 sen seliter bagi tempoh 28 Mei hingga 3 Jun ini. Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON95 turun kepada RM3.92 seliter daripada RM4.07, RON97 kepada RM4.65 daripada RM4.85 manakala diesel turun kepada RM4.87 daripada RM4.97. Menurut MOF, selaras dengan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh berkenaan diturunkan berikutan penyusutan purata harga pasaran antarabangsa…
Read MoreDay: May 27, 2026
Berita pilihan…
China gesa perkasa semula PBB
NEW YORK – Masyarakat antarabangsa digesa supaya bersatu dan bertindak bersama bagi mempertahankan, memperkasa serta memperkukuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Menteri Luar Wang Yi. Beliau berkata, usaha perlu dilakukan untuk menghidupkan semula semangat Piagam PBB bagi menyerlahkan kepemimpinan yang lebih kukuh. Di samping itu ia bagi mengembalikan kewibawaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) supaya badan itu memperlihatkan keupayaan bertindak yang lebih berkesan. Wang Yi membuat gesaan itu semalam ketika mempengerusikan mesyuarat peringkat tinggi (UNSC) mengenai usaha menegakkan tujuan dan prinsip Piagam PBB serta memperkukuh sistem antarabangsa berteraskan badan…
Read MoreBekalan lembu, biri-biri merosot
GAZA – Jika sebelum ini, setiap tahum Gaza menerima antara 10,000 dan 20,000 lembu serta 30,000 hingga 40,000 biri-biri menjelang Aidiladha, namun tahun ini bekalan merosot sepenuhnya sekali gus menjejaskan pasaran. Menurut Kementerian Pertanian wilayah itu, import haiwan hidup, makanan dan ubat-ubatan veterinar menurun kepada ‘sifar’ disebabkan penutupan berterusan lintasan. Peniaga dan penternak berkata bilangan ternakan yang tinggal menurun mendadak, dengan beberapa peniaga menganggarkan ketersediaan biri-biri tidak lebih 10 peratus daripada paras sebelum perang dan menekankan bahawa peningkatan kos makanan mendorong banyak pihak meninggalkan sektor itu. Justeru warga Palestin di…
Read More