China gesa perkasa semula PBB

NEW YORK – Masyarakat antarabangsa digesa supaya bersatu dan bertindak bersama bagi mempertahankan, memperkasa serta memperkukuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Menteri Luar Wang Yi.

Beliau berkata, usaha perlu dilakukan untuk menghidupkan semula semangat Piagam PBB bagi menyerlahkan kepemimpinan yang lebih kukuh.

Di samping itu ia bagi mengembalikan kewibawaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) supaya badan itu memperlihatkan keupayaan bertindak yang lebih berkesan.

Wang Yi membuat gesaan itu semalam ketika mempengerusikan mesyuarat peringkat tinggi (UNSC) mengenai usaha menegakkan tujuan dan prinsip Piagam PBB serta memperkukuh sistem antarabangsa berteraskan badan dunia itu.

Beliau turut menekankan keperluan memperkasa kerjasama pembangunan antarabangsa, memberi nafas baharu kepada platform tadbir urus global serta meningkatkan lagi kecekapan sistem PBB.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-55 pemulihan kerusi sah China di PBB.

Wang menegaskan China akan terus bekerjasama dengan semua negara di bawah panji multilateralisme bagi menggalakkan pembinaan sistem tadbir urus global yang lebih adil dan munasabah, selain bersama-sama bergerak ke arah mewujudkan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment