HYDERABAD – India menafikan laporan media yang mendakwa kerajaannya merancang mengenakan cukai ke atas perjalanan ke luar negara. Perdana Menteri, Narendra Modi menerusi hantaran di platform X ketika menafikan laporan itu menegaskan ia tidak benar sama sekali. CNBC TV-18 sebelum ini, memetik sumber menyatakan satu cadangan sedang dibincangkan di peringkat tertinggi untuk mengenakan cukai atau surcaj ke atas perjalanan ke luar negara, namun tiada keputusan muktamad dibuat setakat ini. “Tidak timbul soal mengenakan sekatan seperti itu terhadap perjalanan ke luar negara,” kata Modi sambil memetik laporan berkenaan dalam hantaran beliau.…
Read More