‘Syurga PATI’ patut ikut cara Australia

Oleh Datuk Dr Ibrahim Ali

(Presiden Putra)

 

1.Malaysia patut ikut cara Australia menangani isu Pelarian Tanpa Izin atau PATI.Keadaan di Malaysia sudah bertambah buruk mengenai PATI.

2.PATI sudah begitu ramai dan ada yang bertindak atau sangat biadap, kurang ajar, melakukan jenayah serta berani melanggar undang-undang.

3.Apa kesudahannya? Apa sebenarnya dasar kerajaan mengenai PATI sebelum keadaan bertambah buruk?

4.Di bawah
undang-undang Negara Australia, sesiapa sahaja yang datang menaiki bot tanpa izin diharamkan sama sekali daripada menetap di Australia seumur hidup walaupun mereka sah berstatus pelarian tulen

5.Jika sebuah kapal pelarian tiba di perairan Australia, pihak berkuasa Australia akan segera mengendalikan mereka dengan tegas dan pantas.

6.Kapal tentera laut dan Australian Border Force (ABF) akan memintas kapal pelarian tersebut sebelum ia sempat mendarat di tanah besar Australia.

7.Pihak berkuasa akan memeriksa keselamatan kapal, memberikan rawatan kecemasan jika ada yang sakit tenat, serta membekalkan makanan dan air.

i. Diusir atau Berpatah Balik

Dasar utama Australia adalah menghalang kapal pelarian daripada memasuki wilayah mereka. Jika kapal itu didapati masih selamat untuk belayar, pihak berkuasa Australia akan mengiringi atau mengarahkan kapal tersebut berpatah balik ke perairan antarabangsa.

ii.. Dihantar ke Pusat Tahanan Luar

Sekiranya kapal tersebut sudah uzur, bocor, atau karam, pihak berkuasa Australia akan menyelamatkan penumpang atas dasar kemanusiaan.

Walaupun diselamatkan, pelarian tidak akan dibawa ke tanah besar Australia. Mereka akan dipindahkan ke kapal penguatkuasa dan dihantar terus ke Pusat Pemprosesan Serantau di Pulau Nauru

Di Nauru, status mereka sebagai pelarian akan diproses oleh pegawai imigresen.

Kemudian mereka ditempatkan di negara-negara yang telah menandatangani Konvensyen Pelarian 1951.

iii. Dihantar pulang ke tempat asal

Ataupun dihantar pulang ke negara atau kem pelarian asal, jika keadaan di sana selamat.

8.Secara ringkasnya, pelarian yang datang dengan kapal tidak akan mempunyai peluang untuk menjejakkan kaki atau tinggal di dalam komuniti Australia.

9.Malaysia bolih mengikut cara Australia kerana terbukti Australia berjaya menyekat PATI walaupun Australia sebuah negara besar dan kurang penduduk.
Dasar yanh jelas dan perlaksanaan undang-undang yang tegas dan cekap serta penguat kuasa bebas rasuah.

10.Malaysia juga perlu menetapkan jumlah PATI yang boleh diterima masuk, katakan setakat 200,000. Setelah lebih, yang lain akan diusir tanpa tolak ansur.

11.Kenapa Thailand dan negara jiran yang lain tidak menjadi sasaran PATI? Sebabnya negara lain tegas dan tiada tolak ansur dengan PATI. Malaysia adalah syurga PATI kerana segala galanya bocor akibat rasuah dan pemimpin-pemimpin serta pegawai-pegawai kerajaan ada yang tidak bertangongjawab.
Sepatutnya kawalan ketat dan tegas di semua sempadan negara saperti yang dilakukan oleh Australia dan Eropah,tidak kira apa status PATI mesti disekat dan dihalau.

Datuk Dr Ibrahim Ali
Presiden Putra.
15 Jun 2026

Related posts

Leave a Comment