Iran sedia balas serangan baharu

TEHRAN – Tentera Iran berada pada tahap kesiapsiagaan penuh dan akan menyasarkan “sasaran yang telah ditetapkan” sekiranya Amerika Syarikat (AS) melancarkan sebarang serangan baharu terhadap negara itu.

Jurucakap Markas Pusat Khatam al-Anbiya Iran, Ebrahim Zolfaghari, berkata kenyataan itu dibuat susulan apa yang disifatkannya sebagai ancaman berulang Presiden AS, Donald Trump, serta komander tentera AS.

Beliau menegaskan bahawa sekiranya berlaku “pencerobohan atau sebarang tindakan terhadap Republik Islam Iran”, pasukan Iran akan “bertindak balas serta-merta dan secara tegas dengan menyerang sasaran yang telah ditentukan”.

Kenyataan keras itu dikeluarkan selepas Trump mengumumkan lanjutan gencatan senjata dengan Iran, susulan permintaan pegawai Pakistan, namun menegaskan bahawa sekatan laut AS ke atas pelabuhan Iran akan terus dikekalkan.

Walaupun gencatan senjata dilanjutkan, Tehran sebelum ini menyifatkan sekatan laut AS sebagai satu tindakan bermusuhan dan pelanggaran perjanjian gencatan, sekali gus terus meningkatkan ketegangan antara kedua-dua negara.

Pemerhati memberi amaran bahawa ketegasan dan ancaman terbuka daripada kedua-dua pihak mencerminkan keadaan rapuh yang berpotensi mencetuskan peningkatan ketenteraan, meskipun usaha diplomatik sedang diteruskan untuk mengelakkan konflik baharu tercetus.

Nnn

Related posts

Leave a Comment