Tidak timbul isu tangguh PRN Melaka, Johor

DUNGUN 20 April – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor  dengan mengisytiharkan darurat.

Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan Melaka adalah kuasa Sultan Johor dan Yang Dipertua Negeri Melaka, bukannya kuasa PH.

Justeru Presiden UMNO, itu membidas kenyataan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang mendakwa kerajaan mengisytiharkan darurat PRN Melaka dan Johor disebabkan takut menerima kekalahan.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan mengikut langkah Muhyiddin yang mengisytihar darurat bagi menangguhkan pilihan raya ketika penularan wabak Covid-19 pada 2021 lalu.

“Ketika Covid1-19 pada 2021, Muhyiddin ketika menjadi Perdana Menteri bukan setakat menangguhkan pilihan raya, tetapi menggantung persidangan Parlimen,” katanya selepas merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin yang dilaporkan berkata cadangan penangguhan PRN didorong rasa takut akibat kehilangan sokongan rakyat.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dilaporkan berkata, tindakan kerajaan menangguhkan PRN Melaka dan Johor dengan mengisytiharkan darurat adalah petanda parti gabungan Kerajaan Perpaduan takut mengalami kekalahan.

Katanya, pengisytiharan darurat tanpa alasan kukuh adalah satu tindakan menyalahgunakan perintah itu untuk tujuan politik.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong dilaporkan mencadangkan penangguhan PRN kerana mahu mengurangkan beban rakyat yang berdepan kenaikan kos sara hidup akibat krisis tenaga global.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment