BEIRUT – Israel mengarahkan tenteranya untuk menggunakan kekuatan penuh sama ada di darat atau udara, termasuk ketika gencatan senjata, bagi melindungi tentera di Lubnan daripada sebarang ancaman.
Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, berkata tentera turut diarahkan merobohkan mana-mana struktur atau jalan yang dipasang bahan letupan dan menghapuskan rumah berhampiran sempadan yang berfungsi sebagai pangkalan Hizbullah.
Media laporan media, Israel masih memusnahkan sisa-sisa rumah di Bint Jbeil, selepas operasi sama dilaporkan berlaku sehari sebelumnya di kawasan itu yang menyaksikan pertempuran sengit sebelum gencatan senjata.
Sabtu lalu, tentera Israel memaklumkan sudah mewujudkan satu “Garis Kuning” di selatan Lubnan, seperti yang dilaksanakan di Gaza, bagi memisahkan kawasan di bawah kawalan Israel dan kumpulan bersenjata.
Tentera Israel turut menerbitkan peta menunjukkan “garisan pertahanan hadapan” dan zon operasi sepanjang sempadan bagi melumpuhkan infrastruktur Hizbullah serta mencegah ancaman terhadap komuniti di utara Israel.
Tentera kemudian memaklumkan bahawa seorang pengganas bersenjata ditembak mati selepas melintasi garisan tersebut.
