KUALA TERENGGANU 13 April – Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta semua pihak menghentikan kontroversi berhubung dakwaan penghantaran minyak diesel dari Malaysia ke Filipina. Beliau menjelaskan, penghantaran itu adalah berkaitan urus niaga syarikat asing Vitol yang beroperasi di Pengerang dan ia bukan syarikat Malaysia. “(Ia) bukan syarikat Petronas dan ia memang ada perjanjian membawa minyak (untuk) jual ke Filipina. Bukan kita bagi (minyak) kepada Filipina. Tapi, kita tidak menahan. Kita bagi laluan. Minyak (milik) orang dalam perjanjian asing. “Itu yang kita lalui walaupun (berlaku) sedikit kontroversi. Saya harap hentikanlah kontroversi ini…
Read MoreDay: April 13, 2026
Tiada keperluan hukuman mati pemandu mabuk
KUALA LUMPUR 13 April – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata tiada keperluan untuk memperkenalkan hukuman mati pada Akta Pengangkutan Jalan (APJ) bagi kes membabitkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah. Katanya, undang-undang sedia ada sudah membolehkan kes serius didakwa di bawah peruntukan bunuh khususnya Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika bersesuaian. Pada masa sama, katanya, Malaysia juga sudah menghentikan pelaksanaan hukuman mati mandatori bagi beberapa kesalahan berat dan kerajaan tidak bercadang memperkenalkannya semula bagi kesalahan seumpama itu. “Setakat ini, kerajaan sudah menghentikan hukuman mati mandatori. Jadi, perkara ini bukan dalam…
Read MoreCadang tangguh PRN Melaka, Johor
KULAI 13 April – Susulan krisis geopolitik Asia Barat, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Dr Ahmad Maslan akan membawa usul bagi menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan Johor dan Melaka. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu berkata berdasarkan pandangan logik politik, tidak mungkin pilihan raya dapat dilaksanakan dalam keadaan geopolitik tidak menentu dengan kesusahan dialami rakyat ketika ini. Beliau berkata, cadangan itu akan dibawa ke Mesyuarat MKT UMNO pada Jumaat ini yang akan berlangsung di Melaka. “Tak perlu mesyuarat besar pun untuk menyatakan itu dari segi logik politik.…
Read MoreBerita pilihan….
Harga minyak dijangka kekal tinggi
MIAMI – Presiden Donald Trump berkata harga minyak dan petrol dijangka kekal tinggi sehingga pilihan raya pertengahan penggal November ini, susulan kesan perang terhadap Iran yang bermula enam minggu lalu. Bercakap dalam wawancara bersama Fox News, Trump berkata, harga bahan api mungkin kekal pada paras semasa atau meningkat sedikit menjelang musim luruh. Data GasBuddy menunjukkan harga purata petrol biasa di AS melebihi AS$4 segelen bagi April, berbanding sekitar bawah AS$3 segelen pada Februari lalu. Sementara itu harga minyak global melonjak lapan peratus selepas Trump, mengumumkan sekatan di Selat Hormuz, dengan…
Read MoreUK tidak bersama AS di Selat Hormuz
ISTANBUL – United Kingdom (UK) tidak akan menyertai sekatan Amerika Syarikat (AS) di Selat Hormuz, sebaliknya London sedang bekerjasama dengan Perancis dan rakan-rakan lain untuk membentuk gabungan yang lebih luas bagi melindungi kebebasan pelayaran. Menurut laporan media tempatan, UK akan terus menyokong kebebasan pelayaran dan pembukaan Selat Hormuz, yang amat diperlukan bagi menyokong ekonomi global serta kos sara hidup di dalam negara. “Selat Hormuz tidak seharusnya dikenakan bayaran,” kata jurucakap kerajaan itu. Sebelum ini, Trump memaklumkan tentera lautnya akan mula menyekat Selat Hormuz, sekali gus meningkatkan ketegangan selepas rundingan panjang…
Read More