Harga minyak dijangka kekal tinggi

MIAMI – Presiden Donald Trump berkata harga minyak dan petrol dijangka kekal tinggi sehingga pilihan raya pertengahan penggal November ini, susulan kesan perang terhadap Iran yang bermula enam minggu lalu.

Bercakap dalam wawancara bersama Fox News, Trump berkata, harga bahan api mungkin kekal pada paras semasa atau meningkat sedikit menjelang musim luruh.

Data GasBuddy menunjukkan harga purata petrol biasa di AS melebihi AS$4 segelen bagi April, berbanding sekitar bawah AS$3 segelen pada Februari lalu.

Sementara  itu harga minyak global melonjak lapan peratus selepas Trump, mengumumkan sekatan di Selat Hormuz, dengan minyak mentah Brent melepasi paras AS$102 setong, menurut data dagangan.

Setakat pukul 22:01 GMT (6.01 pagi waktu Malaysia), niaga hadapan minyak mentah Brent bagi Jun meningkat 7.76 peratus berbanding penutupan sebelumnya kepada AS$102.59 setong.

Niaga hadapan WTI bagi Mei pula naik 8.2 peratus kepada AS$104.51.

Pada Sabtu, Tehran dan Washington memulakan rundingan di Islamabad selepas Trump mengumumkan persetujuan dengan mengenai gencatan senjata selama dua minggu.

Pada pagi Ahad, Naib Presiden JD Vance yang mengetuai delegasi AS mengumumkan bahawa merela gagal mencapai persetujuan selepas rundingan, justeru perunding terbabit pulang tanpa sebarang perjanjian.

Nnn

Related posts

Leave a Comment