KOTA BHARU 12 April – Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan akan menyerahkan surat pemakluman kekosongan jawatan Ketua Pembangkang kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul dalam masa terdekat. Takiyuddin berkata, urusan penyerahan surat itu tidak perlu tergesa-gesa asalkan surat peletakan jawatan Hamzah Zainudin sudah diketahui umum. Katanya , PN sudah menerima surat Hamzah, yang mengosongkan jawatan Ketua Pembangkang dengan alasan untuk melihat suasana yang baik dan mungkin tindakannya itu boleh memudahkan proses dalam PN itu sendiri. “Sebagai Ketua Whip, saya yang kena hantar (surat pemakluman kekosongan jawatan Ketua…
Read MoreDay: April 12, 2026
Berita pilihan…
AS dakwa kapal pemusnah masuk Selat Hormuz
WASHINGTON – Kapal pemusnah USS Frank E Peterson dan USS Michael Murphy telah melalui Selat Hormuz dan beroperasi di Teluk Arab dalam misi yang bertujuan memastikan laluan perairan strategik itu selamat untuk pelayaran. Menurut Komander Pentadbiran Pusat AS (CENTCOM), Laksamana Brad Cooper, kapal itu memulakan operasi membersihkan periuk api yang didakwa diletakkan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC). “Hari ini, kami memulakan proses mewujudkan laluan baharu dan kami akan berkongsi laluan selamat ini dengan industri maritim tidak lama lagi bagi menggalakkan aliran perdagangan bebas,” katanya. Kapal USS Frank E.…
Read MoreRundingan 14 jam berakhir
ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran masih berdepan beberapa perbezaan utama dalam rundingan bagi menamatkan konflik ketenteraan selama enam minggu di sini. Dalam hantaran di platform X, kerajaan Iran memaklumkan selepas 14 jam, rundingan telah berakhir dan pakar teknikal dari kedua-dua pihak akan bertukar dokumen. “Rundingan akan diteruskan walaupun masih terdapat beberapa perbezaan,” menurut hantaran itu, tanpa menyatakan bila ia akan disambung semula. Seorang wartawan televisyen negara Iran berkata rundingan akan diteruskan pada Ahad. Perbincangan yang diadakan di Islamabad itu merupakan rundingan langsung pertama antara AS dan Iran dalam…
Read More