Thailand catat 2,378 kes baharu

BANGKOK 26 Jun – Thailand merekodkan 2,378 kes baharu Covid-19 dengan 17 kematian dalam tempoh 24 jam, menunjukkan peningkatan berbanding 2,236 kes dan 16 kematian yang dilaporkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sejak Rabu lalu Thailand merekodkan lebih 2,000 kes harian setiap hari dan angka semalam adalah yang kedua tertinggi selepas 2,387 direkodkan Rabu lalu.

Hanya dua kes import dilaporkan dan jumlah kes yang direkodkan setakat semalam adalah sebanyak 4,514,155 dengan kematian pula sebanyak 30,592.

Setakat semalam, sebanyak 23,313 orang mendapatkan rawatan  Covid-19  termasuk 10,479 di hospital, 1,136 di kemudahan hospital, 11,654 di rumah dan pusat pengasingan masyarakat.

Daripada jumlah itu, sebanyak 601 dalam keadaan kritikal dan 290 bergantung kepada bantuan ventilator manakala 1,834 dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,460,250 orang pulih.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 17 orang yang meninggal dunia adalah berumur antara 46 hingga 95 tahun dengan purata umur 62.

Sehingga Sabtu, sebanyak 123,907 dos vaksin didaftar iaitu 14,100 dos pertama, 32,992 dos kedua dan 76,815 dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment