Iran isytihar kemenangan ke atas AS, Israel

TEHRAN – Selepas 40 hari konflik, Iran mengisytiharkan ‘kemenangan bersejarah’ ke atas Amerika Syarikat (AS) dan Israel, dengan mendakwa Washington terpaksa menerima cadangan damai yang dikemukakan Tehran.

Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran dalam kenyataan rasmi memaklumkan pihak lawan mengalami kekalahan besar dan kini ‘tiada pilihan selain tunduk’ kepada kehendak Iran.

Menurut kenyataan itu, Amerika bersetuju dengan cadangan 10 perkara yang merangkumi gencatan senjata kekal, penarikan keluar tentera Amerika dari rantau tersebut serta penghapusan sekatan terhadap Iran.

Antara syarat lain termasuk tiada lagi serangan ke atas Iran, pengiktirafan kawalan Teheran ke atas Selat Hormuz, serta penerimaan terhadap program pengayaan nuklear negara itu.

Menerusi kepemimpinan Pemimpin Agungnya, Ayatollah Sayyid Mojtaba Khamenei dan diluluskan Majlis Keselamatan Tertinggi Iran,  Tehran dikatakan akan memulakan rundingan dengan Washington pada 11 April ini.

Menurut laporan, rundingan antara Iran-AS akan diadakan di Islamabad, Pakistan yang dijadual berlangsung selama dua minggu, bertujuan memuktamadkan butiran kejayaan Iran di medan perang.

“Bagaimanapun, Tehran menegaskan peperangan akan diteruskan sehingga pelan 10 perkara dilaksanakan sepenuhnya dan semua tuntutan nasional dipenuhi,” kata laporan itu.

Presiden AS, Donald Trump, sebelum itu mengumumkan penangguhan serangan ketenteraan yang terhadap Iran selama dua mimggu.

Beliau berkata penangguhkan itu tertakluk kepada persetujuan negara itu untuk membuka Selat Hormuz secara sepenuhnya, serta-merta dan selamat.

Menurut Trump, pihaknya turut menerima satu cadangan mengandungi 10 perkara daripada Iran yang beliau percaya boleh menjadi asas pelaksanaan rundingan antara kedua-dua negara.

Bagaimanapun, Trump tidak mendedahkan butiran cadangan berkenaan

Related posts

Leave a Comment