Diesel tanpa subsidi naik 70 sen

PUTRAJAYA 8 April – Harga subsidi RON95 di bawah Program Budi Madani (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 April ini, manakala harga runcit tanpa subsidi meningkat 40 sen kepada RM4.27 seliter. Menurut Kementerian Kewangan (MOF), kerajaan mengekalkan harga bersubsidi bagi rakyat dan sektor tertentu walaupun berlaku ketidaktentuan pasaran minyak global. Dalam kenyataan hari ini, MOF memaklumkan, bagi diesel, harga runcit bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter, manakala harga tanpa subsidi di Semenanjung meningkat 70 sen kepada RM6.72 seliter. Bermula 1 April, had…

Read More

KM tolak peletakan jawatan, Akmal kekal Exco

MELAKA 8 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau Dr Akmal Saleh akan meneruskan tanggungjawabnya sebagai Exco Kerajaan Negeri seperti biasa selepas peletakan jawatannya pada Januari lalu ditolak. Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh berkata, beliau menolak peletakan jawatan itu dan Dr Akmal kekal sebagai Exco Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan. “Saya nak beritahu, beliau telah mengemukakan surat peletakan jawatan sejurus selepas membuat pengumuman tersebut. “Tetapi saya membuat keputusan untuk menolak peletakan jawatan itu supaya beliau dapat meneruskan tugas sebagai Exco Kerajaan Negeri,” katanya ketika mengulas status peletakan…

Read More

AS juga anggap satu kemenangan

WASHINGTON – Ketika Iran mengisytiharkan kemenangan, Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt memuji gencatan senjata selama dua minggu dalam perang Iran, menggelarnya sebagai “kemenangan” untuk Amerika Syarikat (AS). “Ini adalah kemenangan untuk AS yang dijayakan oleh Presiden Trump dan tentera kita yang luar biasa. “Kejayaan tentera kita mewujudkan pengaruh maksimum, membolehkan Presiden Trump dan pasukannya terbabit dalam rundingan sukar yang kini mewujudkan pembukaan untuk penyelesaian diplomatik dan keamanan jangka panjang.” tulis Leavitt menerusi X. Terdahulu di ISLAMABAD, Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, mengesahkan AS, Iran dan sekutu negara berkenaan bersetuju…

Read More

Iran isytihar kemenangan ke atas AS, Israel

TEHRAN – Selepas 40 hari konflik, Iran mengisytiharkan ‘kemenangan bersejarah’ ke atas Amerika Syarikat (AS) dan Israel, dengan mendakwa Washington terpaksa menerima cadangan damai yang dikemukakan Tehran. Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran dalam kenyataan rasmi memaklumkan pihak lawan mengalami kekalahan besar dan kini ‘tiada pilihan selain tunduk’ kepada kehendak Iran. Menurut kenyataan itu, Amerika bersetuju dengan cadangan 10 perkara yang merangkumi gencatan senjata kekal, penarikan keluar tentera Amerika dari rantau tersebut serta penghapusan sekatan terhadap Iran. Antara syarat lain termasuk tiada lagi serangan ke atas Iran, pengiktirafan kawalan Teheran ke…

Read More