Nafi dakwaan Bloomberg isu Azam Baki

PUTRAJAYA 31 Mac – Kerajaan menafikan dakwaan media antarabangsa kononnya Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta jawatankuasa khas menangguhkan pendedahan hasil siasatan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki. Justeru itu, Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, berkata Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap media berkenaan terkait dakwaan yang dibuatnya. “Selaras dengan pembentangan Jawatankuasa Siasatan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Mac lalu, prosiding sudah dimulakan di bawah Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. “Prosiding ini mempunyai proses dan tatacara yang perlu dipatuhi. Sebarang…

Read More

Victor Chin: Madani tanya kenapa dulu tak bertindak

KUALA LUMPUR 31 Mac – Kerajaan Perpaduan mendakwa kelibat tokoh perniagaan, Victor Chin yang didakwa terbabit skandal ‘mafia korporat’ sudah wujud sebelum 2018, dalam beberapa pentadbiran Kerajaan Pusat sebelum ini. Jurucakapnya, Fahmi Fadzil, berkata ia berdasarkan maklumat diperoleh hasil siasatan terkait Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA). Rentetan itu, beliau yang juga Menteri Komunikasi hairan mengapa tiada tindakan lanjut daripada kerajaan sebelum ini terhadap Victor yang dikatakan ada kaitan dengan kegiatan ‘mafia korporat’ itu. “Saya nak sebut Victor Chin tidak melakukan perkara ini sekarang, tetapi sudah lama, sejak beberapa pentadbiran…

Read More

Pencapaian SPM 2025 lebih baik

PUTRAJAYA 31 Mac – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mencatatkan pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.42, berbanding 4.49 pada 2024, kata Ketua Pengarah Pendidikan,  Dr Mohd Azam Ahmad. Menurut beliau, seramai 13,779 calon memperoleh keputusan cemerlang iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 13,827 calon pada 2024. Katanya, seramai 376 calon memperoleh keputusan semua A+ berbanding 352 calon pada 2024, manakala bilangan calon mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2025, turut menunjukkan peningkatan iaitu 92,347 calon, berbanding…

Read More

366,435 calon SPM 2025 layak diberikan sijil

PUTRAJAYA 31 Mac – Seramai 366,435 atau 94.29 peratus calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 layak diberikan sijil, berbanding 355,933 atau 94.01 peratus pada 2024, peningkatan seramai 10,502 orang atau bersamaan 0.28 peratus. Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, berkata bagi calon sekolah KPM (Kementerian Pendidikan), seramai 329,272 orang atau 94.51 peratus layak dianugerahkan sijil SPM tahun 2025. “Jumlah itu meningkat berbanding 319,016 atau 94.20 peratus calon SPM 2024,” katanya pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2025 di Kementerian Pendidikan (KPM) di sini, hari ini. Mohd Azam…

Read More

Rombongan jemaah JKM Andalusia tiba di KLIA

SEPANG 31 Mac – Jemaah umrah yang terdiri daripada 41 warga emas klien Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selamat tiba di KLIA semalam selepas menunaikan ibadah umrah melalui tajaan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. (Andalusia). Ketibaan mereka yang diiringi empat orang pegawai JKM sebagai pengiring di Tanah Suci Makkah dan Madinah disambut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Rosmahwati Ishak serta beberapa orang pegawai kanan lain. Turut berada di KLIA menyambut ketibaan mereka adalah para petugas Andalusia. Jemaah umrah JKM ini berlepas ke Madinah untuk ziarah dan lawatan pada 18 Mac 2026…

Read More

Bantuan lebih AS$270 juta bantu krisis

DUBAI – Dubai akan menyediakan bantuan bernilai lebih AS$270 juta bagi membantu perniagaan dan keluarga, menghadapi keadaan luar biasa akibat serangan udara Iran dan penutupan Selat Hormuz. “Hari ini, kami meluluskan langkah sokongan bernilai AED 1 bilion (AS$272 juta) untuk sektor ekonomi, bertujuan membantu individu, keluarga dan perniagaan menghadapi keadaan luar biasa ini,” kata Pejabat Media Dubai dalam satu kenyataan. Menurut kenyataan itu, perancangan kerajaan jangka panjang mencerminkan komitmen teguh Dubai terhadap rakyat, penduduk dan warganya. Pejabat media itu berkata, data menunjukkan ekonomi Dubai berkembang 6.4 peratus pada suku keempat…

Read More

Trump minat Arab bantu kos perang

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka mengulas lebih lanjut mengenai isu menyeru negara-negara Arab supaya membantu menanggung kos perang Iran, kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt. Leavitt, ketika ditanya pada satu sidang media sama ada negara-negara Arab akan tampil membantu membayar kos perang tersebut, berkata beliau tidak mahu mendahului presiden, namun ia merupakan idea yang ada pada Trump. “Saya fikir ini sesuatu yang Presiden sangat berminat untuk menyeru mereka lakukan. Ia satu idea yang saya tahu beliau ada, dan sesuatu yang saya fikir anda akan dengar…

Read More