Pencapaian SPM 2025 lebih baik

PUTRAJAYA 31 Mac – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mencatatkan pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.42, berbanding 4.49 pada 2024, kata Ketua Pengarah Pendidikan,  Dr Mohd Azam Ahmad.

Menurut beliau, seramai 13,779 calon memperoleh keputusan cemerlang iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 13,827 calon pada 2024.

Katanya, seramai 376 calon memperoleh keputusan semua A+ berbanding 352 calon pada 2024, manakala bilangan calon mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2025, turut menunjukkan peningkatan iaitu 92,347 calon, berbanding 86,040 calon pada 2024.

Bercakap pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2025 di Kementerian Pendidikan (KPM) di sini, hari ini, beliau berkata seramai 92,347 calon mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran berbanding 86,040 calon pada 2024.

“Secara keseluruhannya pencapaian calon SPM 2025 berdasarkan indeks GPK adalah lebih baik sejak peperiksaan SPM yang menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mulai tahun 2021.

“Nilai GPK SPM 2025 ialah 4.42 mata berbanding 4.49 mata pada SPM 2024 iaitu mengecil sebanyak 0.07 mata,” katanya.

Mohd Azam berkata, calon yang memperoleh sekurang-kurangnya lulus atau gred E dalam semua mata pelajaran adalah seramai 141,728 orang atau bersamaan 36.47 peratus bagi SPM 2025.

Angka itu menunjukkan peningkatan seramai 4,937 calon berbanding 136,791 orang atau 36.13 peratus pada SPM 2024 iaitu meningkat sebanyak 0.34 peratus.

Sementara itu calon yang sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran adalah seramai 118,887 orang bersamaan 30.59 peratus untuk SPM 2025 berbanding 116,108 orang manakala calon yang semua gagal pula adalah 1,631 orang atau 0.42 peratus berbanding 1,789 orang atau 0.47 peratus untuk SPM 2024.

Beliau juga memaklumkan bagi GPK mengikut lokaliti, jurang pencapaian calon di bandar dan di luar bandar semakin mengecil sebanyak 0.04 mata.

GPK calon di bandar ialah 4.40 mata bagi SPM 2025 berbanding 4.47 mata pada SPM 2024 manakala GPK luar bandar pula ialah 4.81 mata (SPM 2025) berbanding 4.92 mata bagi SPM 2024.

Pelaporan analisis keputusan SPM 2025 adalah berdasarkan semua calon baharu yang mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran (395,740 orang)

dan menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment