Trump minat Arab bantu kos perang

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka mengulas lebih lanjut mengenai isu menyeru negara-negara Arab supaya membantu menanggung kos perang Iran, kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt.

Leavitt, ketika ditanya pada satu sidang media sama ada negara-negara Arab akan tampil membantu membayar kos perang tersebut, berkata beliau tidak mahu mendahului presiden, namun ia merupakan idea yang ada pada Trump.

“Saya fikir ini sesuatu yang Presiden sangat berminat untuk menyeru mereka lakukan. Ia satu idea yang saya tahu beliau ada, dan sesuatu yang saya fikir anda akan dengar lebih lanjut daripada beliau,” katanya.

Dalam pada itu, Leavitt turut berkata, rundingan dengan Iran masih diteruskan dan menunjukkan perkembangan yang baik.

Beliau berkata, apa yang Tehran nyatakan secara terbuka berbeza daripada apa yang disampaikan kepada pegawai AS secara tertutup dan Iran secara peribadi telah bersetuju dengan beberapa perkara yang dikemukakan Washington.

“Walaupun semua kenyataan umum yang anda dengar daripada rejim itu dan laporan palsu, rundingan masih diteruskan dan berjalan dengan baik. Apa yang diperkatakan secara terbuka sememangnya sangat berbeza daripada apa yang disampaikan kepada kami secara tertutup,” kata Leavitt.

Katanya, sebarang perkara yang disampaikan Iran kepada Washington secara peribadi akan diuji dan AS akan memastikan Tehran dipertanggungjawabkan terhadap kata-katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment