PUTRAJAYA 25 Mac – Bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli akan mendedahkan siapa ‘Mr R’ yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen (MP) PKR yang didakwa meminta ahli perniagaan Victor Chin menyediakan wang tunai RM10 juta bagi menyelesaikan skandal ‘mafia korporat’. Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, berdasarkan maklumat oleh Victor, beliau boleh menamakan terus identiti ‘Mr R’ , namun isu yang lebih besar ketika ini adalah dakwaan ahli perniagaan itu membayar RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen PKR. Beliau mendakwa, disebabkan umum tidak mempunyai akses kepada dokumen 40 muka surat yang dikemukakan…
Read MoreDay: March 25, 2026
RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter
PUTRAJAYA 25 Mac – Kerajaan mengekalkan harga petrol RON95 bersubsidi pada kadar RM1.99 seliter bagi memastikan rakyat terus dilindungi daripada tekanan kenaikan kos bahan api walaupun harga minyak mentah global melonjak lebih 40 peratus sehingga melepasi AS$100 setong susulan krisis Asia Barat. Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataannya berkata, pada masa sama kerajaan akan melaksanakan pelarasan harga bahan api lain secara berperingkat selaras dengan trend kenaikan harga global sejak penghujung Februari 2026. “Selaras dengan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 26 Mac hingga 1 April 2026…
Read MoreDr Mahathir kembali ke pejabat
PUTRAJAYA 25 Mac – Selagi boleh… tulis bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Facebooknya beserta rakan video. Beliau kembali memulakan tugas di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), di sini hari ini, selepas menjalani tempoh pemulihan kesihatan yang panjang sejak awal tahun ini. Kehadiran negarawan berusia 100 tahun itu disambut kakitangan yayasan serta para pegawainya. Kepulangan beliau ke pejabat ini menyusuli siri rawatan intensif di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Januari lalu akibat kecederaan tulang pinggul yang dialaminya. Beliau dilaporkan telah menjalani prosedur pembedahan serta fasa fisioterapi yang…
Read MoreMIC kekal bersama BN
KUALA LUMPUR 25 Mac – MIC memutuskan untuk kekal bersama Barisan Nasional (BN) susulan perubahan kepemimpinan dalam Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini, kata Timbalan Presiden, Datuk Seri M Saravanan. Beliau berkata, apabila keputusan untuk meneroka potensi kerjasama dengan PN dibuat semasa Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) parti tahun lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi Pengerusi PN. Bagaimanapun kata Saravanan MIC perlu menilai semula sentimen masyarakat India sebelum membuat sebarang keputusan, susulan pelantikan Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN bulan lalu. “Pada ketika itu, ahli kami…
Read MoreBerita pilihan…
Pakistan paling tercemar pada 2025
DOHA – Pakistan menjadi negara paling tercemar di dunia pada 2025 apabila mencatatkan kepekatan zarah halus berbahaya dalam udara yang dikenali sebagai PM2.5, mencecah sehingga 13 kali ganda lebih tinggi daripada tahap yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Bangladesh dan Tajikistan masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga dalam senarai negara paling tercemar manakala Chad, yang secara statistik adalah negara paling berasap pada 2024, berada di tempat keempat pada 2025. Zarah PM2.5 dikenal pasti sebagai antara faktor yang menyumbang kepada kelahiran pramatang, manakala pendedahan berpanjangan turut dikaitkan dengan peningkatan…
Read MoreKapal bukan musuh boleh lalui Selat Hormuz
TEHRAN – Iran membenarkan kapal tangki minyak berstatus ‘bukan musuh’ melalui Selat Hormuz, dengan syarat mematuhi peraturan keselamatan dan berkoordinasi dengan pihak berkuasa Tehran. Menurut kenyataan Kementerian Luar Iran kepada Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) Ahad lalu dan diedarkan kepada negara anggota dan badan bukan kerajaan (NGO) semalam, Selat Hormuz selamat untuk kapal bukan musuh. Bagaimanapun, Tehran memberi amaran bahawa kemudahan itu tidak terpakai kepada aset yang mempunyai kaitan dengan pihak yang dianggap sebagai ‘penceroboh’ iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang bertindak memulakan serangan terhadap Iran pada 28 Februari lalu.…
Read More