SPR catat 36,141 pemilih baharu Februari

KUALA LUMPUR 18 Mac – Sebanyak 36,141 warganegara berumur 18 tahun dan ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu dalam tempoh 1 hingga 28 Februari 2026. Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding DPT BLN1/2026 yang mengandungi 38,705 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Januari hingga 31 Januari 2026 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),  Khairul Shahril Idrus, berkata DPT BLN2/2026 yang diperakukan pada 17 Mac dan diwartakan hari ini turut mengandungi 14,129 pemilih berdaftar bertukar bahagian pilihan raya serta…

Read More

Tak jawab notis, Chegubard cabar Bersatu

PORT DICKSON 18 Mac  – Tempoh tujuh hari untuk menjawab sudah berakhir, tetapi Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin, tidak akan menjawab notis tunjuk sebab yang diterima daripada Lembaga Disiplin parti 10 Mac lalu. Chegubard berkata, keputusan itu dibuat kerana menganggap soalan dikemukakan berhubung beberapa tuduhan terhadapnya. tidak munasabah. “Saya tidak mahu merendahkan intelektual saya untuk menjawab soalan itu dan bersedia menerima sebarang keputusan Lembaga Disiplin,” katanya pada sidang media di Pejabat Bersatu Port Dickson, di sini. Beliau menerima notis tersebut melalui WhatsApp pada 10 Mac lalu sekitar…

Read More

Peluang umrah asnaf, warga emas JKM

SEPANG 18 Mac  – Tajaan menunaikan ibadah umrah secara percuma oleh Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) adalah suatu usaha yang amat bermakna bagi memberi peluang kepada asnaf Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ketua Pengarah JKM,  Che Murad Sayang Ramjan berkata, langkah Andalusia itu membuka peluang kepada golongan kurang berkemampuan menunaikan umrah, di samping mencerminkan keprihatinan sektor swasta terhadap kebajikan masyarakat. “Usaha murni ini juga diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan agar lebih ramai individu berpeluang merasai pengalaman spiritual yang amat berharga ini,” katanya di KLIA pagi ini. Beliau bersama…

Read More

41 lagi asnaf JKM sertai umrah percuma Andalusia

SEPANG 18;Mac  – Selepas kejayaan penganjuran pada tahun 2018 dan 2019, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) meneruskan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menaja umrah untuk 41 klien Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Mereka terdiri daripada penerima bantuan bulanan JKM dan penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) yang dipilih dari seluruh negara kecuali Sabah, Sarawak. Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, program yang memasuki kali keempat bersama JKM dan Yayasan Imanul Faizin itu turut melibatkan empat pengiring JKM. Rombongan berkenaan yang dijadualkan berada di Tanah Suci Makkah dan…

Read More

Argentina pula tinggalkan WHO

BUENOS AIRES – Argentina mengikut jejak Amerika Syarikat (AS) yang menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menandakan putus hubungan sepenuhnya dengan badan kesihatan global itu. Menteri Luar Negeri, Pablo Quirno, yang mengesahkan demikian menjelaskan penarikan itu berkuat kuasa tepat setahun selepas Argentina mengemukakan notis rasmi kepada WHO, selaras dengan tempoh yang ditetapkan perjanjian antarabangsa. Argentina sebelum ini mengumumkan niat untuk keluar pada Februari tahun lalu di bawah pentadbiran presiden berhaluan kanan, Javier Milei. Quirno dalam kenyataan di media sosial menegaskan, negara itu akan terus menjalinkan kerjasama kesihatan antarabangsa melalui…

Read More

Sistem politik Iran kukuh

TEHRAN – Pembunuhan beberapa pegawai kanan, termasuk ketua keselamatan Ali Larijani, tidak akan menjejaskan struktur politik negara itu, kata Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi. Beliau berkata musuh, khususnya Amerika Syarikat (AS) dan Israel, masih gagal memahami bahawa Republik Islam Iran memiliki sistem politik yang sangat stabil, berakar kukuh, dan disokong oleh institusi politik, ekonomi serta sosial yang mapan. “Saya tidak tahu mengapa AS dan Israel masih belum memahami perkara ini: Republik Islam Iran mempunyai struktur politik yang kuat dengan institusi yang mantap. “Kehadiran atau ketiadaan seseorang individu tidak menjejaskan struktur…

Read More