41 lagi asnaf JKM sertai umrah percuma Andalusia

SEPANG 18;Mac  – Selepas kejayaan penganjuran pada tahun 2018 dan 2019, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) meneruskan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menaja umrah untuk 41 klien Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mereka terdiri daripada penerima bantuan bulanan JKM dan penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) yang dipilih dari seluruh negara kecuali Sabah, Sarawak.

Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, program yang memasuki kali keempat bersama JKM dan Yayasan Imanul Faizin itu turut melibatkan empat pengiring JKM.

Rombongan berkenaan yang dijadualkan berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah
selama 11 malam (18 hingga 30 Mac 2026) berlepas dengan Amal Penerbangan Malaysia (MH152) yang turut disertai lebih 200 jemaah pakej Andalusia yang lain.

Ida Riswana berkata demikian ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini bagi mengucapkan selamat berangkat kepada kumpulan jemaah yang terpilih itu.

Turut sama Ketua Pengarah JKM,  Che Murad Sayang Ramjan dan Pengerusi Eksekutif Andalusia,  Md Daud Che Ngah.

Menurut Ida Riswana, inisiatif itu diharap bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima tajaan malah memberi kesan positif kepada keluarga serta masyarakat melalui penghayatan ibadah dan nilai kesyukuran.

“Insya-Allah dalam perjalanan kali ini mereka, terutamanya asnaf daripada JKM, yang tidak pernah mengerjakan umrah tetapi berpeluang untuk mengerjakan umrah secara percuma,” katanya.

Kesemua klien JKM yang terpilih ini adalah berusia antara 65 hingga 79 tahun dan masih sihat untuk menguruskan diri sepanjang berada di Tanah Suci.

Sementara itu, Md Daud  berkata, menerusi kerjasama itu, pihaknya meminta JKM mencari sebilangan jemaah asnf yang benar-benar layak untuk pergi ke Tanah Suci mewakili setiap negeri.

“Jadi mereka tolong cari, jadi kita tak payah apa-apa. Takut jadi pilih kasih, biar JKM yang pakar membuat pemilihan.

“Kita sangat-sangat bersyukur kerana orang ini tak pernah terdedah dengan suasana pergi ke Mekah dan sebagainya, tak termipi langsung. Tiba-tiba kita boleh bawa mereka pergi.

“Alangkah banyaknya kesyukuran yang Allah beri kepada yayasan, jemaah dan kami di Andalusia pun kami memberi bimbingan sebab pengalaman kami membawa asnaf merupakan pengalaman yang sangat berharga kepada kami, insya-Allah,” katanya.

Menerusi program itu Andalusia menyediakan tajaan penuh meliputi tiket penerbangan, visa umrah, penginapan, makan minum, set cenderamata, serta bimbingan ilmu ibadah

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment