KUALA LUMPUR 18 Mac – Sebanyak 36,141 warganegara berumur 18 tahun dan ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu dalam tempoh 1 hingga 28 Februari 2026.
Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding DPT BLN1/2026 yang mengandungi 38,705 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Januari hingga 31 Januari 2026 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Khairul Shahril Idrus, berkata DPT BLN2/2026 yang diperakukan pada 17 Mac dan diwartakan hari ini turut mengandungi 14,129 pemilih berdaftar bertukar bahagian pilihan raya serta 2,322 bertukar kategori pengundi atau status.
Katanya, DPT BLN2/2026 yang diperakukan pada 17 Mac dan diwartakan hari ini turut mengandungi 14,129 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya serta 2,322 pemilih bertukar kategori pengundi atau status.
“DPT BLN2/2026 ini dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 18 Mac hingga 16 April ini,” katanya dalam satu kenyataan.
SPR menyeru warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh berkenaan serta mana-mana pemilih berdaftar yang memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau kategori pengundi atau status supaya menyemak nama mereka dalam daftar terbabit.
Beliau berkata, sekiranya nama tidak disenaraikan dalam DPT BLN2/2026, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri berkenaan.
Katanya, pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang berhasrat membuat bantahan terhadap kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya boleh mengisi Borang D melalui aplikasi sama atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri berkenaan.
Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun dari portal pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri melalui pautan http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan bersama fi bantahan sepanjang tempoh semakan,” katanya.
Nnnnn
