Kulasegaran diminta pertimbang kedudukan dalam kerajaan

PERMATANG PAUH 17 Mac – Pemuda UMNO Pulau Pinang mengecam tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran yang ‘singgah sebentar mengiringi’ aktivis, Arun Dorasamy di Mahkamah Majistret Jawi hari ini. Ketuanya Mohd Hilmi Elias berkata, pihaknya memandang serius dan mengecam tindakan Kulasegaran itu yang bukan sahaja menimbulkan persoalan besar terhadap prinsip keadilan dan kebebasan institusi kehakiman, malah mencetuskan persepsi negatif seolah-olah wujud layanan berbeza dalam sistem perundangan negara. Katanya, dalam keadaan rakyat biasa dibawa ke mahkamah dengan tangan bergari, kehadiran seorang pemimpin kerajaan yang…

Read More

Minta penjelasan ‘layanan’ terhadap Arun, Zamri

KUALA LUMPUR 17 Mac – Pemuda UMNO meminta penjelasan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran yang mengiringi aktivis, Arun Dorasamy di mahkamah pagi tadi. Ketuanya,  Dr Muhamad Akmal Saleh berkata persoalan ini memerlukan jawapan kepada rakyat. “Mengapa YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang) perlu mengiringi seorang individu yang hendak dipertuduhkan di Mahkamah? Apa mesej yang ingin disampaikan?,” latanya. Menerusi hantaran di Facebook, Muhamad Akmal juga membangkitkan mengenai layanan dua individu berbeza yang didakwa di mahkamah membabitkan pendakwah bebas, Zamri Vinoth…

Read More

MIC belum mohon secara rasmi sertai PN

KUALA LUMPUR 17 Mac – MIC belum membuat sebarang permohonan rasmi untuk menyertai Perikatan Nasional (PN), kata Timbalan Presiden,  M Saravanan. Beliau turut menjelaskan bahawa MIC masih belum memutuskan sama ada akan keluar daripada Barisan Nasional (BN) atau kekal bersama gabungan itu. “Kami tidak membuat sebarang permohonan rasmi untuk menyertai PN. Sama ada kekal dalam BN atau menyertai mana-mana parti lain — keputusan itu masih belum dibuat,” katanya kepada New Straits Times. Saravanan berkata, keputusan sedemikian terletak di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC). “Saya tidak tahu dari mana…

Read More

PN terima kemasukan MIC

KOTA BHARU 17 Mac – Perikatan Nasional (PN) sudah meluluskan permohonan kemasukan MIC menerusi mesyuarat Sabtu lalu menjadikan gabungan berkenaan kini dianggotai lima parti selain Pas, Bersatu, Gerakan, Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya akan menyampaikan surat rasmi kepada Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran malam ini berhubung kemasukan parti itu. “Saya sahkan untuk berjumpa dengan Presiden MIC malam ini untuk menyerahkan surat rasmi bahawa mereka diterima sebagai parti anggota PN. “Kemasukan MIC sudah diluluskan sejak Disember tahun lalu namun pada mesyuarat PN Sabtu lalu, kita mengesahkan secara…

Read More

200 tentera AS cedera, 10 parah

DOHA – Sekurang-kurangnya 200 anggota tentera Amerika Syarikat (AS) cedera sejak perang AS-Israel terhadap Iran bermula pada 28 Februari. Menurut jurucakap Komando Pusat AS (CENTCOM), Kapten Tim Hawkins, daripada jumlah itu, 10 anggota dilaporkan cedera parah, manakala 180 lagi kembali bertugas. Hawkins berkata kecederaan yang dialami termasuk melecur, kecederaan otak traumatik (TBI) dan kecederaan akibat serpihan letupan. Menurut pegawai tentera AS, sebahagian besar serangan yang mencederakan anggota tentera berlaku akibat dron serangan ‘satu hala’ yang dilancarkan Iran. Pengerusi Ketua Turus Bersama, Jeneral Dan Caine, berkata minggu lalu bahawa dron tersebut…

Read More

Tidak semua dihalang lalui Selat Hormuz

DOHA – Selat Hormuz yang mengendalikan kira‑kira satu perlima penghantaran minyak global “terbuka kepada semua negara kecuali Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya” ketika perang AS-Israel ke atas Tehran sedang memuncak. Sebelum ini, pada 2 Mac, penasihat kanan Komander IRGC, Ebrahim Jabari, mengisytiharkan selat itu “ditutup”, dengan amaran bahawa mana-mana kapal yang cuba melaluinya akan “dibakar”. Pengumuman itu melonjakkan harga minyak dunia melebihi AS$100 setong, berbanding sekitar AS$65 sebelum perang bermula. Iran bagaimanapun memaklumkan bahawa permintaan daripada beberapa negara untuk laluan selamat sedang dipertimbangkan, dan beberapa kapal daripada “negara berbeza” telah…

Read More