Minta penjelasan ‘layanan’ terhadap Arun, Zamri

KUALA LUMPUR 17 Mac – Pemuda UMNO meminta penjelasan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran yang mengiringi aktivis, Arun Dorasamy di mahkamah pagi tadi.

Ketuanya,  Dr Muhamad Akmal Saleh berkata persoalan ini memerlukan jawapan kepada rakyat.

“Mengapa YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang) perlu mengiringi seorang individu yang hendak dipertuduhkan di Mahkamah? Apa mesej yang ingin disampaikan?,” latanya.

Menerusi hantaran di Facebook, Muhamad Akmal juga membangkitkan mengenai layanan dua individu berbeza yang didakwa di mahkamah membabitkan pendakwah bebas, Zamri Vinoth dan Arun.

“Hari ini kita dapat lihat bagaimana dua individu berbeza dituduh di mahkamah atas pertuduhan yang sama, tetapi seorang dituduh di Kuala Lumpur diusung oleh sekumpulan pihak polis dengan tangan siap bergari.

Dan seorang lagi dituduh di Jawi berjalan penuh senyuman dengan tangan di poket, lengkap bersut sambil diiringi oleh Timbalan Menteri Undang-Undang.

“Yang nak menghadapi pertuduhan, itu kita biarkan undang-undang dilaksanakan dengan sewajar dan sepatutnya. Tapi kehadiran seorang timbalan menteri yang bertanggungjawab atas hal ehwal undang-undang tak sepatutnya hadir,” katanya.

Muhamad Akmal berkata, persepsi awam kepada ketulusan undang-undang di Malaysia sepatutnya dititik beratkan.

Tindakan sebegini menimbulkan persepsi yang tidak sihat terhadap prinsip kebebasan badan kehakiman dan kesaksamaan undang-undang dan Timbalan Menteri yang pernah menjadi peguam sepatutnya faham.

Tegasnya, mahkamah adalah institusi yang mesti bebas daripada sebarang bentuk pengaruh, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

“Sekalipun kehadiran Timbalan Menteri Undang-Undang mungkin tidak bertujuan untuk mencampuri proses keadilan, persepsi awam adalah sangat penting. Justice must not only be done, but must also be seen to be done.

Sekali lagi, takkan Timbalan Menteri Undang-Undang yang pernah jadi Peguam tak tahu pasal benda ni? Kalau tak tahu, jelaskan kenapa perlu iring OKT ke Mahkamah Jenayah. Kalau tahu, kenapa kena buat juga?,”.

Terdahulu dalam hantaran terawalnya, beliau meminta polis memperjelaskan kenapa berlaku seorang digari dan seorang lagi tidak digari

“Boleh ke pihak polis memperjelaskan kenapa berlakunya begini. Adakah SOP berbeza sebab Arun diiringi oleh Timbalan Menteri berbanding Zamri? Kami minta penjelasan

Sama juga dengan kes bendera terbalik,yang didakwa adalah org yang mempertahankan bendera,tetapi orang yang terbalikkan bendera secara sengaja masih lagi bebas. Keadilan apakah ni?,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment