Dua juta kenderaan dijangka masuk Kelantan

KOTA BHARU 16 Mac – Sebanyak dua juta kenderaan dijangka memasuki Kelantan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri minggu ini. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan Mohd Misuari Abdullah berkata sehubungan dengan itu pihaknya akan menempatkan anggota di Jalan Persekutuan dan Negeri yang telah dikenal pasti. Katanya, JPJ akan menjalankan rondaan di semua Jalan Persekutuan dan Negeri dengan tumpuan kepada 10 koridor utama trafik dan 38 lokasi blackspot kemalangan. “Antara lokasi blackspot kemalangan adalah Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Jalan Pasir Puteh-Kuala Terengganu, Terengganu dan Jalan Jeli-Gerik, Perak,” katanya  selepas meninjau Sistem Kesedaran Keselamatan Automatik (AWAS) di hadapan…

Read More

Cukup menjadi anak kapal biasa – KJ

SEPANG 16 Mac  – “Cukuplah untuk saya diberi peluang menjadi seorang anak kapal biasa,” demikian luahan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin selepas mengemukakan surat rayuan bagi menyertai semula UMNO semalam. Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, beliau tidak minta kembali kepada bahtera bangsa ini dengan apa-apa syarat, hajat peribadi atau permintaan. “Jika ada papan yang longgar, saya akan membantu mengetatkannya. Jika ada paku yang perlu dipalu, saya akan bantu memalunya. Jika ada palka yang perlu ditutup rapat agar air tidak masuk, saya akan pastikan ia terkunci kemas. Yang penting, bahtera…

Read More

Muhyiddin nafi Bersatu ‘dekati’ PH

SEPANG 16 Mac  – Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menafikan sekeras-kerasnya tohmahan yang mengatakan parti pimpinannya sedang mewujudkan hubungan rapat dengan Pakatan Harapan (PH) “Ini adalah tuduhan liar yang tidak berasas serta berniat jahat semata-mata untuk menjejaskan keharmonian dalam parti Bersatu dan antara parti-parti anggota Perikatan Nasional. Perkara tersebut tidak pernah dibincangkan di mana-mana peringkat parti termasuk dalam Majlis Pimpinan Tertinggi yang menentukan dasar dan hala tuju parti,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook. Katanya, Bersatu mempunyai prinsip perjuangan yang jelas dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara serta membela kebajikan rakyat. Semalam…

Read More

KJ serah surat rayuan kembali kepada UMNO

KUALA LUMPUR 16 Mac  – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengemukakan surat rayuan kepada Presiden parti, Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menyertai semula parti berkenaan. Menerusi hantaran di Facebooknya, Ahmad Zahid berkata, surat berkenaan diserahkan kepadanya dalam satu pertemuan yang berlangsung malam tadi. “Secara peribadi saya sudah menerima permohonan ini dan akan memanjangkannya kepada Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang dipengerusikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk diperhalusi serta diperakukan sewajarnya,” katanya hari ini. Sebelum ini, pada 5 Mac lalu, Ahmad Zahid, memaklumkan bahawa parti itu membuka pintu seluas-luasnya kepada…

Read More

10 soalan kepada UMNO yang ditinggalkan

1. Saya ingin memberi sedikit pandangan 10 sen mengenai UMNO. Saya telah menjadi ahli UMNO pada tahun 1981 dan dipecat sebagai Ketua Bahagian Pasir Mas pada tahun 2003 (setelah menjadi Ketua Bahagian selama 11 tahun). 2. Semasa di dalam UMNO, saya begitu aktif dan memegang pelbagai jawatan, antaranya Ketua Cawangan dan Ketua Pemuda Bahagian Pasir Mas (1981), serta Exco Pemuda UMNO Malaysia sehingga tahun 1987 setelah UMNO diisytiharkan haram oleh mahkamah. Selepas itu, saya direhatkan di bawah ISA untuk kali ke-2 kerana isu ketuanan Melayu. 3. Pada tahun 1992, saya…

Read More

Trump dakwa bincang Iran pula nafi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump, mendakwa bahawa Amerika Syarikat (AS) sedang mengadakan perbincangan dengan Iran ketika peperangan memasuki minggu ketiga, tetapi Tehran belum bersedia mencapai perjanjian untuk menamatkannya. Trump berkata demikian kepada pemberita di atas pesawat Air Force One tanpa memberi butiran terperinci. Beliau ditanya sama ada terdapat sebarang usaha diplomasi sedang dilakukan bagi menamatkan konflik itu yang kini merebak ke seluruh Asia Barat serta menjejaskan pasaran global. “Namun, saya tidak fikir mereka bersedia… tetapi mereka semakin hampir,” katanya. Trump berkata, beliau tidak pasti sama ada mahu membuat perjanjian untuk…

Read More

WHO kutuk pengeboman sekolah

LONDON – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengutuk serangan terbaru ke atas hospital, sekolah serta kakitangan perubatan dalam konflik yang semakin meruncing di Asia Barat. Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan tindakan sedemikian tidak boleh dianggap sebagai ‘silap perhitungan’ atau ‘kebinasaan lingkungan’, sebaliknya perlu diiktiraf sebagai jenayah perang. “Mengebom hospital atau sekolah bukan satu ‘kesilapan perhitungan’. Membunuh paramedik bukan ‘kebinasaan lingkungan’. Membiarkan orang awam kebuluran bukan ‘taktik rundingan’. “Ini adalah jenayah perang. Noktah. Panggil ia dengan nama yang sewajarnya,” katanya menerusi X. Sekurang-kurang 150 pelajar perempuan terkorban dalam serangan udara…

Read More