Usul calon tunggal PM ikut pintu belakang

SEPANG 14 Mac  – Ahli Parlimen Beluran, Dr Ronald Kiandee, mendakwa usul Muhyiddin Yassin sebagai calon tunggal Perdana Menteri dari parti itu dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2025, dibuat melalui pintu belakang.

Beliau yang digantung keahliannya dalam Bersatu, mendakwa usul itu tidak langsung dibincangkan dalam Mesyuarat MPT yang diadakan sebelum PAT.

“Dalam mesyuarat itu, beberapa MPT membangkitkan isu akuan bersumpah (SD) dan persoalan berkenaan usul yang akan dibawa, tetapi ia dinafikan sendiri oleh Presiden (Muhyiddin) dengan memberikan jaminan bahawa perkara terbabit hanya akan dibincangkan semula selepas PAT.

“Namun usul Tan Sri Muhyiddin sebagai calon tunggal Bersatu sebagai Perdana Menteri ke-11 tetap dibawa dan dibentangkan oleh Ketua Penerangan secara mengejut melalui pintu belakang dan disambut pembahas tertentu yang diaturkan untuk membawa naratif terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau yang digantung keahliannya dalam Bersatu mengulas kenyataan Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu yang mempertikaikan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN),  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, bahawa Muhyiddin bukan calon Perdana Menteri.

Ahmad Faizal dilaporkan berkata, Menteri Besar Terengganu itu mungkin ‘dihenjut’ sebelum menulis bahawa Muhyiddin bukan calon perdana menteri.

Sambil menyifatkan kenyataan itu tidak jujur dan mengelirukan, Ronald berkata dengan sikap Ahmad Faizal yang penuh kepura-puraan, bekas Menteri Besar Perak  itu tidak mempunyai asas moral untuk memperli Pas atau Pengerusi PN berkenaan etika berorganisasi, terutamanya dalam penentuan calon Perdana Menteri.

“Tdak perlulah dia dengan angkuh mahu mengajar Ahmad Samsuri. Sepatutnya dia cermin dirinya dahulu.

“Ahli Bersatu juga pastinya tidak lupa apabila dia mengeluarkan kenyataan dalam sebuah wawancara yang mendakwa Tan Sri Muhyiddin satu-satunya calon yang layak sebagai PM-11 seperti dilaporkan media bertajuk ‘Calon PM dari PN: Kalau ada yang bercita-cita, padamkanlah”,” katanya.

Beliau berkata, kenyataan itu juga tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat MPT mahupun Biro Politik Bersatu dan ia dibuat secara semberono untuk mengampu Presiden tanpa menghiraukan perasaan rakan parti komponen PN yang lain.

“Inilah sahaja kebolehan dan fungsi yang dia miliki sebagai Naib Presiden. Mengampu, membodek dan menjilat , yang lain tiada,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment