PETALING JAYA 14 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Amira Aisya Abdul Aziz dipilih sebagai Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi penggal 2026 hingga 2029. Pemilihan Pemangku Presiden MUDA itu menyandang jawatan utama berkenaan dibuat oleh 25 Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) yang bermesyuarat petang ini selepas berlangsung pemilihan parti. Hasil keputusan mesyuarat pertama JKEP MUDA itu diumumkan Pengarah Pemilihan Parti, Muhammad Zaim Zulkafli. Sebelum itu, Muhammad Zaim turut mengumumkan senarai 25 Ahli JKEP yang dipilih perwakilan parti pada pemilihan kali ini. Sementara itu, Amira Aisya…
Read MoreDay: March 14, 2026
Usul calon tunggal PM ikut pintu belakang
SEPANG 14 Mac – Ahli Parlimen Beluran, Dr Ronald Kiandee, mendakwa usul Muhyiddin Yassin sebagai calon tunggal Perdana Menteri dari parti itu dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2025, dibuat melalui pintu belakang. Beliau yang digantung keahliannya dalam Bersatu, mendakwa usul itu tidak langsung dibincangkan dalam Mesyuarat MPT yang diadakan sebelum PAT. “Dalam mesyuarat itu, beberapa MPT membangkitkan isu akuan bersumpah (SD) dan persoalan berkenaan usul yang akan dibawa, tetapi ia dinafikan sendiri oleh Presiden (Muhyiddin) dengan memberikan jaminan bahawa perkara terbabit hanya akan dibincangkan semula selepas PAT. “Namun usul Tan…
Read MoreAhli Parlimen Pas Ketua Pembangkang
KUALA LUMPUR 14 Mac – Ahli Parlimen Pas akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang baharu bagi menggantikan Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin yang dipecat daripada Bersatu pada 13 Februari lalu. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikannya hari ini yang turut membincangkan pelantikan baharu. Bagaimanapun nama Ahli Parlimen yang akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang baharu itu hanya akan diumumkan sebelum akhir Mac ini. “Kita ada satu dua proses lagi di peringkat parti. Insya-Allah akan ada Ketua Pembangkang baharu pada sidang…
Read MoreIhya Ramadan JPJ erat hubungan komuniti
BANGI 14 Mac – Bagi menyemarakkan lagi penghayatan bulan Ramadan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menganjurkan Program Ihya’ Ramadan AKRAB JPJ & Komuniti bertempat di Masjid Bandar Seri Putra (BSP) pada Khamis lalu. Beberapa aktiviti diadakan dengan kerjasama Masjid BSP termasuk agihan bubur lambuk, sumbangan barang keperluan harian kepada mereka yang terpilih serta agihan duit raya kepada komuniti dan pelajar sekolah. Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli hadir bersama para pegawainya termasuk di peringkat negeri. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi), Jazmanie Shafawi, Pengarah Kanan Penguatkuasa, Muhammad Kifli…
Read MoreBerita pilihan…
Makin ditekan semakin kuat semangat rakyat
TEHRAN – Ketua Keselamatan Iran, Ali Larijani, mengingatkan Presiden AS, Donald Trump, bahawa rakyat Iran ialah bangsa yang berani dan bertekad, semakin tekanan diberikan, semakin kuat semangat rakyat Iran. Beliau yang menyertai perarakan besar-besaran di Tehran bersama beberapa pegawai kanan lain, juga menyifatkan serangan terbaru Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas ibu negara itu sebagai tindakan terdesak. “Serangan ini berlaku kerana ketakutan dan rasa putus asa. Pihak yang benar-benar kuat tidak akan mengebom demonstrasi. Jelas mereka telah gagal,” katanya kepada pemberita ketika menyertai perarakan tahunan Hari Quds bagi menyatakan…
Read MoreGanjaran AS$10 juta mengenai Mojtaba
WASHINGTON – Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran AS$10 juta (RM47 juta) bagi memperoleh maklumat mengenai pemimpin tertinggi baharu Iran, Mojtaba Khamenei serta beberapa pegawai kanan lain. Turut menjadi antara 10 individu yang disenaraikan oleh Jabatan Negara AS itu adalah Menteri Dalam Negeri Iran, Eskandar Momeni; dan Menteri Perisikan serta Keselamatan Iran, Esmail Khatib. “Individu ini memimpin dan mengarahkan pelbagai elemen dalam Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) yang merancang, menyelaras dan melaksanakan kegiatan keganasan di seluruh dunia,” menurut kenyataan Jabatan Negara. Agensi itu turut menggesa pemberi maklumat menyalurkan…
Read More