Costa Rica wajibkan vaksin kanak-kanak

COSTA Rica menjadi negara pertama di dunia yang mewajibkan vaksinasi Covid-19 untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Suntikan itu menjadi sebahagian suntikan vaksin wajib kanak-kanak bawah 12 tahun mulai Mac ini seperti yang dikehendaki kerajaan.

Negara itu menandatangani perjanjian dengan pengeluar vaksin Covid-19 Pfizer untuk memperoleh dos bagi memulakan pemberian vaksin kepada semua kanak-kanak.

Melalui perjanjian itu, Costa Rica akan menerima 3.5 juta dos di mana 1.5 juta akan dikhususkan untuk  1.5 juta kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.

Awal minggu ini, badan kawal selia kesihatan Amerika Syarikat meluluskan vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.

Kebanyakan kanak-kanak kurang berisiko mendapat simptom teruk jika mereka mendapat Covid-19 bagaimanapun masih boleh dijangkiti, walaupun tanpa gejala.

Vaksin itu didakwa membantu menghalang jangkitan dari kanak-kanak kepada golongan lain.

Sehingga kini, kira-kira 55 peratus orang yang layak telah diberi vaksin sepenuhnya di negara itu.

Related posts

Leave a Comment