Ada apa pada sehelai selendang

SECARA ringkas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hanna Yeoh menjawab persoalan ramai mengenai pemakaian selendang ketika menghadiri majlis berbuka puasa di masjid dan surau sepanjang Ramadan ini.

Menerusi hantaran “Ada apa pada sehelai selendang?” menerusi Facebooknya, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu menjelaskan mengenai adab memasuki rumah ibadat sama ada masjid atau surau.

Ahli Parlimen Segambut itu menyampaikan penjelasan dalam bentuk pantun, iaitu

Dipakai dikata sekadar wayang
Tanpanya pula dituduh tak hormat,
Apa pun asalkan hati itu tenang,
Hanya Tuhan sahaja Pemberi rahmat.

“Bulan Ramadan ini saya hadir di banyak majlis berbuka puasa di masjid dan surau. Masuk rumah ibadat, semestinya ada adab. Dan saya selesa memakai selendang. Ini yang ramai tak faham,” jelas beliau.

Nnn

Related posts

Leave a Comment