‘Road ban’ kenderaan berat musim perayaan

PUTRAJAYA 11 Mac – Sempena musim perayaan, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menguatkuasakan larangan ke atas kenderaan berat menggunakan jalan raya pada 19 dan 20 Mac, iaitu sebelum Aidilfitri, diikuti 28 dan 29 Mac. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke Atas Kenderaan Barangan (Road Ban) itu mengambil kira peningkatan trafik ketara kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman. Katanya , menjelang Aidilfitri, berlaku peningkatan mendadak kemalangan jalan raya yang meragut nyawa akibat kecuaian dan kegagalan merancang perjalanan. “Justeru, MOT akan melaksanakan Road Ban terhadap kenderaan berat pada 19…

Read More

Bersatu tidak terkubur – Muhyiddin

KUALA LUMPUR 11 Mac – Ramalan sesetengah pihak bahawa Bersatu sudah terkubur susulan krisis dalaman yang berlaku dalam parti itu adalah tidak benar sama sekali, kata Presiden parti Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berkata, tindakan tegas terhadap segelintir pemimpin parti sejak kebelakangan ini bertujuan menyelesaikan masalah dalaman parti itu, justeru jauh sekali untuk mendakwa parti komponen Perikatan Nasional (PN) terkubur. “Mungkin ramai yang mengikuti perkembangan yang sedang atau sudah berlaku dalam Bersatu, cuma saya ingin menyatakan bahawa tidaklah tepat bagi banyak pihak yang meramalkan Bersatu ini sudah terkubur. Jauh sekali. “Alhamdulillah, dengan…

Read More

Saham Azam: KSN akan ambil tindakan lanjut

PUTRAJAYA 11 Mac  –  Ketua Setiausaha Negara (KSN) akan mengambil tindakan lanjut berhubung dapatan laporan siasatan Peguam Negara terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  Azam Baki. Jurucakap Kerajaan,  Fahmi Fadzil, berkata mesyuarat Kabinet pagi tadi sudah mendengar laporan Jawatankuasa Khas Siasatan berhubung isu pemilikan saham Azam oleh Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar. Beliau bagaimanapun berkata, buat masa ini pihaknya tidak akan mendedahkan dapatan berkenaan sehingga tindakan diambil oleh KSN, Shamsul Azri Abu Bakar, dalam masa terdekat. “Jemaah Menteri memutuskan bahawa tindakan selanjutnya akan diambil oleh Ketua Setiausaha Negara.…

Read More

Pas gesa urus segera ketegangan, pertikaian

SEPANG 11 Mac – Pas menggesa pihak berkuasa memainkan peranan dengan segera dalam mengurus ketegangan atau pertikaian melibatkan beberapa pertubuhan dan individu beragama Hindu dengan sosok tertentu dalam kalangan masyarakat, terutamanya yang beragama Islam sejak kebelakangan ini. Setiausaha Agung Pas,  Takiyuddin Hassan berkata, penjelasan tepat, penguatkuasaan undang-undang yang adil, tidak memihak serta komunikasi krisis yang jelas daripada pihak berwajib sangat perlu bagi mengelakkan salah faham, spekulasi dan prasangka atau peningkatan ketegangan yang tidak perlu. “Pas menegaskan isu-isu berkait agama dan identiti kaum hendaklah ditangani dengan penuh kebijaksanaan, sikap tenang dan…

Read More

Keupayaan peluru berpandu Iran masih utuh

TEHRAN – Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) menegaskan keupayaan peluru berpandu Iran masih utuh, menolak dakwaan Amerika Syarikat (AS), bahawa program tersebut telah dimusnahkan. Menurut IRGC,  mereka kini melancarkan lebih banyak projektil dengan kepala peledak melebihi satu tan, menunjukkan kemampuan ketenteraan negara masih kukuh. Dalam pada itu, Iran menyelar tindakan ketenteraan AS sambil menuduh Israel sebagai perancang utama operasi tersebut. Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, terus mengkritik operasi ketenteraan AS dengan menyifatkannya sebagai “Operasi Kesilapan Epik”. Beliau menuduh Israel merancang tindakan itu, manakala rakyat AS pula menjadi pihak yang menanggung…

Read More

IFRC lancar rayuan kecemasan

GENEVA – Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) melancarkan rayuan kecemasan berjumlah 40 juta franc Swiss (kira-kira AS$51.5 juta) bagi menyokong operasi kemanusiaan di Iran susulan konflik yang berterusan. Rayuan itu akan membantu Persatuan Bulan Sabit Merah Iran memperluas bantuan kepada kira-kira lima juta penduduk di 30 wilayah terjejas dalam tempoh 16 bulan akan datang. Tumpuan kepada mereka yang terkesan akibat kerosakan infrastruktur, risiko kehilangan tempat tinggal dan gangguan kepada perkhidmatan asas. Ketua Delegasi IFRC di Iran, Maria Martinez dalam satu kenyataan berkata, dengan keperluan kemanusiaan yang…

Read More