Kes harian di Malaysia 1,591

PUTRAJAYA 5 Jun – Kes harian Covid-19 di negara ini kekal di bawah 2,000 kes dengan merekodkan 1,591 berbanding 1,844 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,513,631.

Menurut data laman COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak lima kes import dilaporkan manakala sebanyak 22,447 kes aktif direkodkan di mana 21,480 sedang menjalani kuarantin di rumah.

Lima kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 35,686 orang meninggal dunia setakat semalam.

Sementara itu Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 756 kes berbanding 813 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 1,369,381 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 297 (375) dan Pulau Pinang 110 (111).

Perak merekodkan 92 kes berbanding 129 semalam, Negeri Sembilan 80 (112), Sabah 55 (51), Melaka 44 (65), Johor 34 (39), Wilayah Persekutuan Putrajaya 33 (26), Kedah 31 (44), Sarawak 25 (28) dan Pahang 15 (19).

Di bawah 10 kes pula adalah Terengganu 7 (13), Kelantan 5 (14), Perlis 5 (5) dan kes

Wilayah Persekutuan Labuan 2 (0).

Related posts

Leave a Comment