PUTRAJAYA 9 Mac – Hamzah Zainudin tidak berhasrat menyertai semula UMNO walaupun pintu keahlian parti itu dibuka tanpa syarat seperti diumumkan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di bawah inisiatif ‘Rumah Bangsa’ . Ketua Pembangkang itu berkata, beliau sebaliknya akan memberi tumpuan bagi memastikan semua pihak dapat bersama dalam melakukan agenda ‘reset’ terhadap keadaan negara demi masa depan rakyat. Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut itu menegaskan ramai pemimpin daripada pelbagai parti turut bersama dengannya dalam usaha memperkukuh agenda berkenaan. “Saya bersyukur pada malam ini kerana majlis ini…
Read MoreDay: March 9, 2026
Mukhriz kekal bersama Pejuang
PETALING JAYA 9 Mac. – Bekas Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir menegaskan tidak akan kembali menyertai UMNO, sebaliknya akan terus kekal bersama parti yang dipimpinnya Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang). Mukhriz menyifatkan persoalan mengenai kepulangannya ke pangkuan parti itu sebagai sesuatu yang mengejutkan. “Terkejut saya soalan itu. Tidak ada kemungkinan untuk saya kembali ke UMNO. “Absolutely not (sama sekali tidak),” katanya selepas pelancaran kempen ‘Tangkap Azam Baki’ bersama-sama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Pejuang hari ini. Beliau akan terus kekal bersama Pejuang kerana menyifatkan UMNO kini sudah jauh terpesong…
Read MoreSyed Hassan letak jawatan Presiden Perkasa
KUALA LUMPUR 9 Mac – Syed Hassan Syed Ali mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Perkasa bagi meneruskan agenda perjuangan pertubuhan itu menerusi platform baharu tanpa melibatkan Perkasa. Beliau menyatakan hasrat itu pada Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi (ADT) Perkasa semalam di Dewan Aminuddin Baki Wisma Sejarah. Kuala Lumpur. Bagaimanapun Syed Hassan tidak menamakan platform baharu itu Perkasa dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat membincangkan hasrat Syed Hassan dan pada mulanya menolak kerana tidak mempunyai alasan yang kukuh. “Sebaliknya kesemua ADT sebulat suara memberikan sokongan kepada beliau selaku Presiden kerana selama ini ADT…
Read MoreMB Terengganu kunjungi Pekan Rabu
ALOR SETAR 9 Mac – Ketika singgah di Pekan Rabu untuk membeli karas pada Sabtu lalu, Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dipelawa buat sendiri kuih tradisional itu oleh peniaga di situ. Beliau yang ditemani isterinya diberi peluang untuk menyiapkan karas dengan menggoreng dan menyiapkan kuih tersebut. “Singgah di Kompleks Pekan Rabu tadi, nak beli kuih karas. Lepas tu dipelawa buat sendiri oleh tauke kedai. Macam mana? Agak-agak lulus dak orang Kedah” tanya beliau beserta satu hantaran video di Facebooknya. Dalam kunjungan tersebut, beliau turut melawat kedai-kedai di zon…
Read MoreBerita pilihan…
Iran tidak akan goyah
TEHRAN – Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, menzahirkan ucapan tahniah kepada Mojtaba Khamenei atas pelantikan beliau sebagai Pemimpin Tertinggi Iran baharu, menggantikan ayahnya yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel baru-baru ini. Menerusi satu kenyataan di platform X, Abbas Araghchi menegaskan komitmen kementeriannya untuk terus setia di bawah kepemimpinan baharu itu dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara di tengah-tengah ketegangan yang masih memuncak di Asia Barat. “Kami berikrar dalam mempertahankan hak bangsa Iran, memajukan kepentingan dan keselamatan nasional, serta merealisasikan matlamat Revolusi Islam, kami tidak akan goyah walaupun sesaat,”…
Read MoreMojtaba Khamenei kurang menonjol
TEHRAN – Mojtaba Khamenei, anak Pemimpin Agung Iran, Allahyarham Ali Khamenei dilantik sebagai ketua baharu Republik Islam itu, satu peralihan kuasa bersifat turun-temurun yang pernah ditolak oleh ayahnya pada 2024. Badan ulama tertinggi, Majlis Pakar Iran dalam satu kenyataan menamakan Khamenei, 56 sebagai Pemimpin Agung. Calon lain untuk jawatan tertinggi itu termasuk Alireza Arafi, salah seorang daripada tiga anggota majlis pemangku yang mentadbir negara, tokoh garis keras Mohsen Araki dan juga Hassan Khameini, cucu kepada pengasas Republik Islam pada 1979. Dilahirkan pada 8 September 1969 di Mashhad di timur Iran,…
Read More