MB Terengganu kunjungi Pekan Rabu

ALOR SETAR 9 Mac – Ketika singgah di Pekan Rabu untuk membeli karas pada Sabtu lalu, Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad  Samsuri Mokhtar dipelawa buat sendiri kuih tradisional itu oleh peniaga di situ.

Beliau yang ditemani isterinya diberi peluang untuk menyiapkan karas dengan menggoreng dan menyiapkan kuih tersebut.

“Singgah di Kompleks Pekan Rabu tadi, nak beli kuih karas. Lepas tu dipelawa buat sendiri oleh tauke kedai. Macam mana? Agak-agak lulus dak orang Kedah” tanya beliau beserta satu hantaran video di Facebooknya.

Dalam kunjungan tersebut, beliau turut melawat kedai-kedai di zon pekasam, kuih tradisional dan pakaian serta dibawa melawat Galeri Pekan Rabu yang terdapat di tingkat bawah kompleks Pekan Rabu itu.

Sambil beramah mesra dengan peniaga-peniaga dan membeli beberapa barang keperluan, beliau turut melayani pengunjung-pengunjung yang mengenalinya untuk bergambar.

Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau mengakui tidak lengkap kalau ke Kedah jika tidak singgah di Kompleks Pekan Rabu.

“Urusan kerja bawa saya ke sini, dan sempat juga ambil peluang pusing-pusing tengok suasana di Kompleks Pekan Rabu yang penuh kenangan dan tradisi.

Memang betui kata orang, kalau mai Kedah tapi tak singgah sini, rasa macam tak lengkap lagi perjalanan tu. Terima kasih atas keramahan orang Kedah. Insha-Allah, ada rezeki kita jumpa lagi pada lain masa,” katanya.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment