MB Terengganu Pengerusi PN

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Naib Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu, dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu menggantikan Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan.

Perkara itu disahkan melalui kenyataan bersama oleh empat presiden parti komponen gabungan berkenaan selepas Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN di ibu pejabat Pas, di sini, petang ini.

Mereka ialah Presiden Pas, Abdul Hadi Awang; Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin; Presiden Gerakan, Dr Dominic Lau; dan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), P Punithan.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat berkenaan sebulat suara melantik Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi baharu PN, berkuat kuasa serta-merta.

“Adalah dimaklumkan mesyuarat meluluskan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN, berkuat kuasa 1 Januari 2026.

“Perkara-perkara lain akan dibawa untuk dibincang serta diputuskan dalam mesyuarat MT PN yang akan datang,” menurut kenyataan itu yang dibacakan oleh Timbalan Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan.

Selain empat presiden parti komponen, turut tersenarai hadir mesyuarat hari ini ialah Ketua Wanita PN,  Mas Ermieyati Samsudin; Ketua Pemuda PN, Afnan Hamimi Taib Azamudden; serta Ketua Pengarah Pilihan Raya PN,  Muhammad Sanusi Md Nor.

Nnn

Related posts

Leave a Comment