Pas komited perkukuh PN – Hadi

KUALA LUMPUR 23 Feb . – Pas terus komited memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN) secara kolektif dan inklusif, seterusnya menterjemahkan nilai kesederhanaan dan keadilan untuk semua, demi kestabilan dan keharmonian negara. Presidennya,  Abdul Hadi Awang berkata, beliau menyambut  baik kepercayaan semua parti anggota PN yang bersetuju dengan cadangannya untuk melantik  Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN baharu. “Pas merakamkan sekali lagi setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas segala jasa, sumbangan dan khidmat baki yang dicurahkan sepanjang menerajui PN,” katanya dalam hantaran di Facebook. Terdahulu, Mesyuarat Luar Biasa…

Read More

Tanggungjawab besar, berat dan mencabar.

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan pelantikannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu sebagai tanggungjawab yang amat besar, berat dan mencabar. Naib Presiden Pas itu berkata, apa yang perlu disegerakan pada saat ini ialah pengukuhan muafakat politik, melaksanakan penambahbaikan struktur dan gerak kerja yang mampu menjadikan PN sebagai nukleus harapan rakyat. “Tanggungjawab baharu ini amatlah besar, berat dan mencabar, terutamanya dalam suasana pengharapan yang tinggi diberikan oleh pelbagai pihak dan rakyat kepada PN, untuk menjadi muafakat politik yang mampu membawa perubahan yang lebih baik…

Read More

MB Terengganu Pengerusi PN

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Naib Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu, dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu menggantikan Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan. Perkara itu disahkan melalui kenyataan bersama oleh empat presiden parti komponen gabungan berkenaan selepas Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN di ibu pejabat Pas, di sini, petang ini. Mereka ialah Presiden Pas, Abdul Hadi Awang; Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin; Presiden Gerakan, Dr Dominic Lau; dan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), P Punithan. Menurut kenyataan itu, mesyuarat berkenaan sebulat…

Read More

Rafizi mahu pertahan Pandan, umum hala tuju Jun

SEPANG 22 Feb.  – Bekas Timbalan Presiden (PKR), Rafizi Ramli akan mengumumkan hala tuju politiknya pada Jun ini dengan berpegang kepada prinsip “empat tidak”, termasuk tidak menyertai mana-mana parti politik sedia ada. Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi itu turut berkata beliau tidak akan menyertai ‘kuasa ketiga’, tidak akan menubuhkan parti baharu, dan tidak akan bekerjasama dengan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Dalam satu wawancara bersama Sin Chew Daily, Rafizi bagaimanapun berhasrat mempertahankan kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) tanpa mengesahkan sama ada akan bertanding calon Bebas…

Read More

Azam sudah beri keterangan 19 Februari

SEPANG 22 Feb. – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki telah dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan isu pemilikan saham pada 19 Februari lepas, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Shamsul Azri Abu Bakar. Katanya, Jawatankuasa Khas Siasatan bagi isu pemilikan saham Azam telah bersidang pada 19 Februari dan berdasarkan laporan awal yang diterima, jawatankuasa itu sedang meneliti aspek pematuhan dan keteraturan pemilikan saham berkenaan oleh Azam. “Jawatankuasa juga masih dalam proses menilai segala keterangan yang diperoleh dan akan memanggil saksi lain yang berkaitan bagi melengkapkan siasatan terhadap perkara…

Read More

Azam Baki berhak saman pertahan maruah

SEPANG 22 Feb. – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menyokong penuh tindakan saman oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki terhadap agensi media Bloomberg berhubung artikel yang didakwa berunsur fitnah. Presiden MCW, Jais Abdul Karim, berkata, setiap individu berhak mempertahankan reputasi dan maruahnya melalui saluran undang-undang jika berasakan diri difitnah atau dilaporkan secara tidak adil. Jika benar laporan itu mengandungi elemen tidak tepat, mengelirukan atau berat sebelah maka tindakan saman adalah langkah sah dan profesional untuk membolehkan mahkamah menentukan kebenaran. “Dalam negara hukum, tuduhan tidak boleh dijadikan hukuman…

Read More

Kemuka bukti angka kematian protes

TEHRAN – Kerajaan Iran mencabar mana-mana pihak yang meragui angka kematian  dalam protes besar-besaran bulan lalu, supaya “mengemukakan bukti” Menteri Luar, Abbas Araghchi, berkata pihaknya sudah mengeluarkan senarai 3,117 mangsa, termasuk kira-kira 200 anggota keselamatan. Justeru, beliau menolak dakwaan jumlah korban tinggi dalam protes itu sambil menegaskan bahawa ribuan yang terbunuh adalah mangsa “serangan pengganas”. Kenyataan itu dibuat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa 32,000 orang terbunuh, sambil menyifatkan rakyat Iran “hidup dalam keadaan neraka” di bawah pemerintahan ulama negara itu. Araghchi turut aktif memberi temu bual kepada…

Read More

Jepun keluar nasihat perjalanan 50 negara

TOKYO – Kementerian Luar Jepun memberi amaran mengenai kemungkinan berlaku perubahan mendadak di Timur Tengah dan meningkatkan kewaspadaan  dengan mengeluarkan nasihat perjalanan  di lebih 50 negara serta wilayah. Menurut satu kenyataan, amaran itu merangkumi rantau Asia Barat sendiri, Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Eropah. Terdapat kemungkinan berlaku perubahan drastik dalam situasi di Asia Barat. Malah di luar wilayah itu, termasuk di AS, insiden tidak dijangka berkaitan situasi berkenaan tidak boleh diketepikan. Situasi ketegangan boleh menyebabkan penutupan ruang udara dan lapangan terbang, sekali gus mengakibatkan pembatalan serta kelewatan penerbangan. Nasihat…

Read More