MRM tuhtut penjelasan DBKL

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Multiracial Reverted Muslims (MRM) memohon pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi penjelasan lanjut terhadap percanggahan fakta supaya tidak terus disalah tafsir oleh masyarakat. Pengerusi MRM, Muhammad Azim Abdullah Suhaimin, menjelaskan sejak awal, pihaknya mengambil langkah proaktif untuk mendapatkan kepastian daripada pihak DBKL berkaitan keperluan lesen. Bagaimanapun, katanya, jawapan diberikan DBKL memaklumkan tiada lesen diperlukan kerana tiada urusan perniagaan dan aktiviti dijalankan di ruang awam, bukan dalam premis perniagaan. “Sepanjang 14 tahun Street Dakwah dijalankan, tiada larangan rasmi atau kompaun pernah dikeluarkan kepada MRM termasuk…

Read More

40 pimpinan Bersatu Masjid Tanah letak jawatan

SEPANG 19 Feb. – Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin, menjadi pemimpin kanan terbaru mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah, hari ini. Turut meletak jawatan adalah 39 lagi ahli jawatankuasa bahagian terbabit termasuk Naib Ketua Roslan Joned, Setiausaha Bahagian Shahrul Azhar Amir, Ketua Srikandi Norihan Bahari dan Ketua Armada Muhammad Majidul Ikhwan Md Jidin Dalam kenyataannya, Shahrul Azhar berkata, keputusan itu dibuat pada satu mesyuarat khas, yang dihadiri oleh ahli jawatankuasa bahagian, ketua-ketua sayap serta ketua-ketua cawangan Bersatu Masjid Tanah. Katanya, pertemuan selama dua jam itu…

Read More

Tubuh jawatankuasa siasat perjanjian RM1.1 bilion

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Kerajaan digesa menubuhkan jawatankuasa khas siasatan bertaraf suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat perjanjian mega antara Kerajaan Pusat dan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion. Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan, berkata jawatankuasa itu perlu diketuai seorang bekas hakim mahkamah atasan bagi memastikan siasatan dilakukan secara telus dan tegas. Langkah berkenaan, katanya penting memandangkan angka RM1.1 bilion itu membabitkan dana awam yang besar, selain menyentuh isu integriti sistem pentadbiran kerajaan. “Langkah tegas dan segera amat perlu diambil jika kerajaan benar-benar serius dan…

Read More

“Saya mahu terus membantu jemaah”

SELASA lalu, 17 Februari 2026 Md Daud Che Ngah, pembimbing haji dan umrah yang tidak asing lagi menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 80 tahun. Dan selama lima dekad, beliau terlibat dalam urusan berkaitan haji dan umrah. Semalam, 18 Februari, Ustaz Daud Che Ngah yang juga Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, (Andalusia) itu masih gagah untuk mengetuai rombongan 284 jemaah umrah Ramadan ke Tanah Suci. Beliau yang akan dibantu mutawif berlepas ke Madinah pada pukul 10 pagi semalam bersama Malaysia Airlines sebelum ke Makkah untuk umrah. Ketika…

Read More

Tindakan Israel jejas usaha diplomatik

HAMILTON – Pelanggaran berterusan rejim Israel terhadap gencatan senjata serta tindakannya di wilayah Palestin yang diduduki menjejaskan usaha diplomatik untuk menamatkan konflik Gaza, kata Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar. Katanya, di satu pihak, usaha diplomatik dipergiat bagi memperkukuh gencatan senjata, mengurangkan penderitaan rakyat Palestin dan memajukan pelaksanaan pelan komprehensif untuk menamatkan konflik yang disahkan melalui Resolusi 2803 Majlis Keselamatan. “Di pihak yang lain, pelanggaran berterusan rejim Israel terhadap gencatan senjata, pengilhakan, cubaan serta tindakan menyalahi undang-undang di seluruh wilayah Palestin yang diduduki terus menjejaskan usaha ini dan mengancam prospek keamanan yang adil…

Read More

Hanya 10,000 dibenar solat Jumaat

BAITULMUQADDIS – Pihak berkuasa Israel mengehadkan hanya 10,000 jemaah Palestin dari Tebing Barat yang didudukinya untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa semasa Ramadan. Di samping itu ia juga mengenakan sekatan umur dengan hanya membenarkan lelaki berumur lebih 55 tahun, wanita berumur lebih 50 tahun, dan kanak-kanak berumur sehingga 12 tahun untuk masuk ke masjid itu. Menurut COGAT, badan Kementerian Pertahanan Israel yang bertanggungjawab untuk hal ehwal awam di wilayah Palestin, 10,000 jemaah Palestin akan dibenarkan untuk solat Jumaat dengan syarat mereka mendapatkan permit harian khas. COGAT memberitahu sekatan hanya…

Read More