FB Bersatu papar Undur Muhyiddin

SEPANG 13 Feb. – Bersatu terus bercelaru apabila beberapa hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menimbulkan persoalan apabila kandungannya dilihat ‘bercanggah’ dengan keputusan parti. Ketika berlaku siri pemecatan termasuk melibatkan ahli Parlimennya, laman sosial itu telah mengemas kini ‘banner’ muka depan dengan poster tertera ‘UNDUR MUHYIDDIN’. Satu hantaran tertera ayat ‘Masanya sudah tiba’ diiringi poster UNDUR MUHYIDDIN Turut tertera hantaran dari facebook bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang menunjukkan Ketua Pembangkang yang dipecat itu bersama Presiden Pas dan pimpinan lain…

Read More

Allah SWT sebaik-baik perancang

SELEPAS dipecat, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkongsi gambar pertemuan beliau dengan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang berlangsung di Rusila, Terengganu. “Alhamdulillah. Minum petang di Rusila. Allah SWT adalah sebaik-baik perancang,” tulis Hamzah menerusi hantaran di Facebooknya. Pertemuan itu turut dihadiri Menteri Besar Terengganu merangkap Naib Presiden Pas, Datuk Samsuri Mokhtar; Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; serta Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohd Syahir Che Sulaiman. Hamzah yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diiringi beberapa pimpinan kanan parti berkenaan, termasuk Naib…

Read More

Siapa lagi Ahli Parlimen Bersatu bakal dipecat

SEPANG 14 Feb . – Sekurang-kurangnya empat daripada 16 Ahli Parlimen Bersatu yang sepakat menggesa presidennya, Muhyiddin Yassin, melepaskan jawatan, telah dipecat setakat petang ini. Mereka adalah Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad, yang sebelum ini digantung dan terkini Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hasan. Terawal dipecat sebelum ini adalah Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor). Hari ini Timbalan Presiden Hamzah Zainudin yang juga Ahli Parlimen Larut dipecat bersama Fathul Huzir, Kapten Azahari dan Wan Ahmad Fayhsal serta Ahli Dewan…

Read More

Bersatu pecat Hamzah Zainudin

KUALA LUMPUR 14 Feb . – Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin dipecat keahlian partinya berkuat kuasa serta-merta kerana tindakan beliau melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu. Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu diputuskan Lembaga Disiplin seiring Fasal 22.5 perlembagaan parti. “(Pemecatan) berkuat kuasa 13 Februari 2026 (hari ini) kerana tindakan beliau melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan. Terdahulu dalam satu notis yang ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Mohd Radzi Manan, memaklumkan lembaga yang bersidang semalam itu memutuskan pemecatan berkenaan. Notis ini berkuat kuasa serta-merta. Bagaimanapun…

Read More

KSN ketuai jawatankuasa siasat Azam

PUTRAJAYA 13 Feb. – Mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan penubuhan jawatankuasa khas bagi menyiasat segala dakwaan dan perkara  berbangkit yang dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Azam Baki. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim memutuskan jawatankuasa khas itu akan diketuai Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar. “Jemaah Menteri pada hari ini membincangkan isu membabitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dan Jemaah Menteri memutuskan supaya satu jawatankuasa khas ditubuhkan. Jawatankuasa khas) itu akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara…

Read More

Amanah tangguh pemilihan hadapi PRU, PRN

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Parti Amanah Negara (Amanah) menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan tahun ini selepas mengambil kira Pilihan Raya Umum (PRU)  ke-16 dan Pilihan Raya Negeri (PRN) terutama di Melaka, Johor dan Sarawak. Setiausaha Agung Muhammad Faiz Fadzil berkata, keputusan ini diputuskan mengikut Perkara 19.2 (j) Perlembagaan Amanah yang memberikan kuasa berkaitan penangguhan pemilihan untuk tempoh selama 18 bulan. “Pemilihan parti akan diadakan sebaik sahaja urusan PRU dan PRN selesai tanpa menunggu tempoh penuh penangguhan 18 bulan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Jawatan Kuasa Pimpinan (JKP)…

Read More

Imran mengadu ‘hilang’ 85 peratus penglihatan

ISLAMABAD – Mahkamah Agung Pakistan mengarahkan kerajaan menubuhkan sepasukan perubatan bagi memeriksa bekas Perdana Menteri, Imran Khan, yang mengadu. mengalami 85 peratus kehilangan penglihatan pada mata kanannya, Peguam Imran, Salman Safdar, memberitahu media di Islamabad bahawa anak guamnya telah mengalami jangkitan pada mata kanannya beberapa bulan lalu, yang membawa kepada kemerosotan penglihatan yang pantas. Ketua Hakim Mahkamah Agung Yahya Afridi minggu ini mengarahkan Safdar untuk bertemu Imran dan mengemukakan laporan mengenai kesihatannya, kata peguam itu. Safdar mengadakan pertemuan selama tiga jam dengan Imran di sel penjaranya dan memberitahu mahkamah pada…

Read More

Kapal bantuan ‘Umm Al Emarat’, ke Gaza

ABU DHABI – Menjelang Ramadan, kapal bantuan ‘Umm Al Emarat’ memulakan pelayaran ke Semenanjung Gaza sebagai sebahagian daripada usaha kemanusiaan dan bantuan berterusan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk menyokong rakyat Palestin. Kapal bantuan ‘Umm Al Emarat’, adalah kapal ke-13 yang dihantar oleh UAE ke Semenanjung Gaza. Inisiatif itu adalah sebahagian daripada rangka kerja kemanusiaan UAE yang bertujuan untuk meringankan penderitaan orang awam dan memenuhi keperluan asas di tengah-tengah keadaan kemanusiaan yang mencabar. Sebanyak 16 pertubuhan amal dan kemanusiaan dari seluruh wilayah UAE menyumbang kepada penyediaan kargo kapal itu yang membawa…

Read More