ABU DHABI – Menjelang Ramadan, kapal bantuan ‘Umm Al Emarat’ memulakan pelayaran ke Semenanjung Gaza sebagai sebahagian daripada usaha kemanusiaan dan bantuan berterusan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk menyokong rakyat Palestin.
Kapal bantuan ‘Umm Al Emarat’, adalah kapal ke-13 yang dihantar oleh UAE ke Semenanjung Gaza.
Inisiatif itu adalah sebahagian daripada rangka kerja kemanusiaan UAE yang bertujuan untuk meringankan penderitaan orang awam dan memenuhi keperluan asas di tengah-tengah keadaan kemanusiaan yang mencabar.
Sebanyak 16 pertubuhan amal dan kemanusiaan dari seluruh wilayah UAE menyumbang kepada penyediaan kargo kapal itu yang membawa lebih 7,300 tan pelbagai bekalan bantuan.
Ia meliputi barangan makanan, bahan perlindungan dan bekalan perubatan bagi membantu menyokong keterjaminan makanan serta memperkukuh tindak balas segera kemanusiaan terhadap keperluan keluarga yang terjejas di Semenanjung Gaza.
Nnnnn
