Siapa lagi Ahli Parlimen Bersatu bakal dipecat

SEPANG 14 Feb . – Sekurang-kurangnya empat daripada 16 Ahli Parlimen Bersatu yang sepakat menggesa presidennya, Muhyiddin Yassin, melepaskan jawatan, telah dipecat setakat petang ini.

Mereka adalah Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad, yang sebelum ini digantung dan terkini Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hasan.

Terawal dipecat sebelum ini adalah Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor).

Hari ini Timbalan Presiden Hamzah Zainudin yang juga Ahli Parlimen Larut dipecat bersama Fathul Huzir, Kapten Azahari dan Wan Ahmad Fayhsal serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharudin.

Tujuh lagi yang dipecat hari ini adalah Ketua Bahagian Bersatu iaitu Mohd Hassundi Hamzah (Larut), Yunus Nurdin yang juga Setiausaha Bersatu Sabah (Libaran),  Abdul Aziz Ismail, Ahmad Nasir Mid (Selayang), Ahmad Ishak (Gopeng), Kamaruddin Majid (Telok Intan) dan Mohd Yunus Mohd Yusof (Tapah).

Menurut notis berasingan yang dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Mohd Radzi Manan pada Jumaat, pemecatan itu berkuasa kuasa serta-merta selepas pihaknya bersidang pada Khamis.

Katanya, Lembaga Disiplin memutuskan individu-individu terbabit telah melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.

Susulan itu, Lembaga Disiplin memutuskan supaya keahlian mereka dipecat di bawah Fasal 22.5, berkuat kuasa mulai tarikh notis dikeluarkan.

Notis tersebut turut menegaskan bahawa pemecatan berkenaan melibatkan penarikan semua hak keahlian parti.

Terdahulu 16 Ahli Parlimen Bersatu membuat gesaan terbuka supaya Muhyiddin melepaskan jawatan, dan memberi sokongan terhadap kenyataan Ketua Whip Dewan Rakyat, Dr. Ronald Kiandee berhubung keperluan peralihan kepemimpinan tertinggi Bersatu.

“Kami menyokong penuh kenyataan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang mendesak supaya Muhyiddin segera meletak jawatan sebagai Presiden Bersatu,” menurut kenyataan bersama itu.

Ahli Parlimen yang menandatangani kenyataan tersebut adalah dari Kangar (Zikri Hassan), Kubang Pasu (Datuk Wira Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail), Kulim-Bandar Baharu (Roslan Hashim), Ketereh (Datuk Khlir Mohd Nor) dan Tanah Merah (Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz).

Turut sama Machang (Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal), Hulu Terengganu (Datuk Rosol Wahid), Tasek Gelugor (Wan Saiful), Gerik (Fathul Huzir), Padang Rengas (Azahari), Lumut (Nordin Ahmad Ismail), Indera Mahkota (Datuk Seri Saifuddin Abdullah), Rompin (Datuk Abdul Khalib Abdullah), Sabak Bernam (Kalam Salan), Sungai Besar (Datuk Muslimin Yahaya) dan Mersing (Islahuddin Abas).

Kumpulan itu menegaskan, walaupun menghargai sumbangan Muhyiddin sebelum ini, keadaan semasa menuntut perubahan segera demi memastikan kelangsungan politik dan hala tuju parti.

Menurut notis berasingan yang dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan hari ini, pemecatan itu berkuasa kuasa serta-merta selepas pihaknya bersidang pada Khamis.

Katanya, Lembaga Disiplin memutuskan individu-individu terbabit telah melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.

Susulan itu, Lembaga Disiplin memutuskan supaya keahlian mereka dipecat di bawah Fasal 22.5, berkuat kuasa mulai tarikh notis dikeluarkan.

Notis tersebut turut menegaskan bahawa pemecatan berkenaan melibatkan penarikan semua hak keahlian parti.

Bagaimanapun, kesemua bekas ahli berkenaan masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Bersatu dalam tempoh 14 hari daripada tarikh notis dikeluarkan.

Nnn

Related posts

Leave a Comment