Imran mengadu ‘hilang’ 85 peratus penglihatan

ISLAMABAD – Mahkamah Agung Pakistan mengarahkan kerajaan menubuhkan sepasukan perubatan bagi memeriksa bekas Perdana Menteri, Imran Khan, yang mengadu. mengalami 85 peratus kehilangan penglihatan pada mata kanannya,

Peguam Imran, Salman Safdar, memberitahu media di Islamabad bahawa anak guamnya telah mengalami jangkitan pada mata kanannya beberapa bulan lalu, yang membawa kepada kemerosotan penglihatan yang pantas.

Ketua Hakim Mahkamah Agung Yahya Afridi minggu ini mengarahkan Safdar untuk bertemu Imran dan mengemukakan laporan mengenai kesihatannya, kata peguam itu.

Safdar mengadakan pertemuan selama tiga jam dengan Imran di sel penjaranya dan memberitahu mahkamah pada Khamis bahawa mata kanan Imran sedang kehilangan penglihatan dengan cepat.

Imran Khan, 73 dipenjarakan sejak 2023 susulan sabitan atas pelbagai pertuduhan rasuah, termasuk kecurian hadiah mahal yang diterimanya daripada negara lain semasa tempoh pentadbirannya dari 2018 hingga 2022.

Kerajaan telah menyekat pertemuan bekas bintang sukan yang beralih ke bidang politik itu dengan ahli keluarga dan peguamnya sepanjang enam bulan lalu.

Mahkamah turut mengarahkan kerajaan untuk membenarkan beliau bercakap dengan anak-anak lelakinya yang menetap di London

Related posts

Leave a Comment